Saturday 15 October 2011

SEMUA ORANG ADA TABIAT BURUK OK, jangan bajet diri tu peri-peri nak lawa setiap masa. puihh!

Salam satu malaysia :D wahhh! Pernahkah anda mendengar dan lihat sendiri orang yang sememangnya mempunyai 'tabiat menggigit kuku?' atau adakah anda sendiri yang mempunyai tabiat sebegitu? gimme five! hahahaha. kenapa kena five? sebab si tukang taip ini juga tergolong dalam tabiat ini. ok ok, aku tau memang kotor, memang banyak gegila keburukan berbanding kebaikan. act, takde kebaikan pun, saja nak sedapkan hati dan nak menampakkan tak lah teruk mana kalau gigit kuku. tapi sayang, keburukan nya tidak dapat ditandingi. aitee.



Semua orang ada tabiat buruk ok sepanjang hidup dekat dunia ni. kalau ada yang cakap tak pernah ada tabiat buruk. dah boleh dilabel penipu besar terang-terang. tau nak menipu je, cuba belajar jujur anak oii, mak tak pernah ajar menipu tauuu. haish! mungkin ada sebab kenapa tabiat buruk seseorang kita tak perasan. mungkin dia pandai cover line baik punye bila depan orang. itu naisss. hahah! tapi bagi aku, memang patut pon kita cover tabiat buruk bila berhadapan dengan orang ramai. yelah, nanti orang geli doe. tambah tambah yang gigit kuku, hahaha. nak salam pon kena pikir 10x. macam kesian jeh. haha.



Sebenar nya, tabiat gigit kuku ni tak elok. aku tak tau lah macam mana aku boleh terjebak dengan tabiat paling hodoh ni. aku rasa since sekolah menengah aku start. maybe tension melampau. hahah. tapi orang lain ok jeh kan. aku jeh over, nak kata tension belajar teghok teghok, takde pulak dapat straight A's. haha! argh, macam macam lah amaleena ni. aku pon tak tau sama ada aku tergolong dalam golongan yang 'biasa' , 'sedehana extreme'atau 'paling extreme' gigitan kukunya. he he he. yang aku tau bila aku dah syiok gigit kuku ape semua, sedar sedar bila nak makan nasi jari pedih. tengah gigit heaven gileh weh. haha. asal buat muka pelik and eeiiuuwww? geli? eleh, kononnnn. tah tah, korang pon sama jieww. hahah! bila aku pikir pikir balik kenapa lah aku tak boleh stop. i dont know why. tapi yang paling sure, mama babah, wan, family, kawan kawan ramai suruh aku stop. aku tau tak elok tapi kalau nak stop umpama orang merokok nak stop merokok. macam tue lah. hehe. tapi sekarang aku dah jarang buat tabiat nie. dan dalam tempoh nak stop teros. haha! besar betol angan-angan.haha. aku mengaku lah, aku jealous tengok kuku perempuan yang lawa lawa T_T kadang aku macam nak cabut jeh kuku dorang, letak dekat kuku aku. haha. tapi takde istilah penyesalan ok, sapa suruh mengundang nak merosakkan kuku. eh eh tapi aku tak gigit kuku kaki ok. yang tu sumpah geli gile, eeeeeee. macam jari kuku bersih sangat lah kan meyna == tapi fun ah, benda ada member share sama tabiat ni. so, bila bercerita  berhadapan antara satu sama lain mulalah perangai tak semenggah masing2. hahaha. bermacam aksi yang dipamerkan. mampu? hahaha.



Paling aku tak boleh lupa masa form3, bila ex aku tengok aku dah kemaruk sangat gigit kuku. setiap kali jumpa, tak kira lah dekat mana mana sekali pon, dia mesti akan bawak kan aku makanan supaya aku boleh lalaikan diri dengan makanan. tak perlu mintak, pasti ada. haha. sampai satu hari, dia cabar aku suruh stop gigit kuku dalam tempoh seminggu aku rasa. kalau mampu stop, mintak je apa aku nak. hahah. kelakar kan, sampai macam tue sekali dia nak suruh aku stop dari tabiat hodoh tuh. eh aku mampu ok tapi last last aku just mintak nasi lemak kukus dengan lauk ayam and paru. pfftt -.- kenapa tak mintak yang lagi melampau amaleena. hahah. tapi time tu lawa kot kuku aku terbentuk. hehe. dia suka, tapi lepas jeh dah belanja, fine mula balik dahhhhhhh. hahaha. lama lama dia putus asa. bile tengok aku gigit kuku, dia just senyum. iloveyou! eh, itu ayat tiga tahun lepas. hahahah.



Second, korang boleh bayangkan tak bila tengah sedap sedap gigit kuku. kira dah sampai nak penghujung kuku dah hampir nak  putus. putus keh? wtv. tiba tiba member datang terus tolak tangan kau. shit, sakit doe kalau jadi macam ni. sampai aku pernah marah kawan aku sebab tolak. erghhh! then lepas tu mula lah membebel, sakit nya nak makan. masa ni lah peluru berpandu keluar dari mulut member. hehehe.banyak pengalaman aku selama ada tabiat ni tapi nak buat macam mana. payah payah. dan sekarang, namin, adik last aku sedang mengikut jejak langkah kakak tersayang. haha.



amaleena, dah tiba masanya untuk kau bersara. ok ok, nnti bersara laa. ahahh. sesungguhnya, tabiat buruk ni normal tapi kalau makin melampau tak elok jugak. jadi, cuba lah sedaya upaya untuk stop. wan selalu cakap kalau gigit kuku cita-cita tak kesampaian. haish, dah patut stop dah nie. tak kira lah, tabiat menggigit kuku kew (extreme sangat sampai daging tepi kuku pon nak bedal), suka meludah merata-rata kew (yang nie dah patut bawak mangkuk pergi mana-mana, kau ludah lah sampai dah habes air liur)  , taik hidung gentel2 jadi fishball and then campak merata-rata (yang nie suruh dia carik balik sampai dapat, jijik ok), dan macam macam lagi lah. hahah. enough till here ok. perut dah sebu, tiba masa untuk makan. babaii :)

No comments:

Post a Comment