Thursday 13 October 2011

PERCUTIAN BULAN MADU BERSAMA KAWAN SEANGKATAN!

Tarikh 12.10.11 iaitu hari rabu *semalam lah senang* AKHIRNYA MENJADI KENYATAAN! macam tak percaya macam tak sangka dapat jugak jejak genting highlands. bunyi macam tak pernah jejak. pernah okay tapi masa kecik dulu, when i was 2years old. memang aku batak lah bila pergi sana semalam. haha! bukan batak apa tapi bila dah sampai baru aku rasa excited, padahal time countdown bila nak pergi tak pulak aku rasa apa apa. tapi yang penting, aku memang terasa best yang tak boleh nak diungkap. hanya gelak tawa, senyuman sahaja yang mampu aku tunjukkan :)





Aku pergi 10orang, team aku 6orang dan yang lagi 4org kebetulan nak pergi hari yang sama. so, gerak sekali pon boleh what. tak jadi masalah lah. kite orang just ambil pakej satu hari dari ou sampai genting skyway dan yang seterusnya. terima kasih pada pembeli tiket untuk perjalanan ke sana, siapa lagi jikalau bukan amaleena yang baik hati ohooo hoiii. HAHA! bertolak dari ou pukul9 pagi dan sampai sana pukul10 pagi. bukan sampai genting yang kami semua excited gileh tuh tapi sampai tempat nak naik cabel car. bila aku tengok benda alah tu tergantung sambil membawa tetamu nya dengan penuh sopan santun (bergerak perlahan habes), ya allah, aku rasa macam nak patah balik. aku sangat gayat dan macam mana aku kena lalui saat saat yang pergh gila tinggi macam tu. nak taknak, aku kena naik sebab tiket balik pukul7 petang. haha! fine fine, aku kuatkan semangat naik cabel car. first words yang terpacul keluar dari mulut aku "ya allah tak saba nya nak naik" (walaupun gayat) second words bila dah mula bergerak dan aku rasa macam duduk diawangan, "ya allah kenapa tinggi sangat. erghhh, aku nak turun" third words bila dah makin tinggi dan aku pon dah makin cuak habis, "aku tak tau macam mana aku boleh jadi gile nak datang sini dan kena naik benda alah nie" lepas tue, aku terus diam seribu bahasa. korang, aku hanya mampu pandang atas dan depan sahaja. belakang tak, bawah memang tak lah. enough lah, aku dah naik pun dah cukup berani dah. tapi paling aku rasa nak bagi pelempang bila kawan kawan seangkatan gelak kan aku. tapi takpe, gayat punya pasal, aku redha je mereka mengejek. ejeklah sampai lebam. haha!






Lepas dah mengharungi saat saat nak hilang nyawa, sampai lah dekat atas. aku tak sure berapa lama naik cabel car tu. benda alah tu buat aku gayat so aku malas nak amik tau. bia bia. jalan jalan sementara nak sampai taman tema genting highlands tu dengan lenggang lenggok nyaaa. show ticket dan dipakaikan pas masuk yang tertera perkataan "outdoor". so, kalau nak main indoor kena bayar lain. aitee. masuk je dah nampak 'BUAIAN MELAYANG' (nama tu aku yang sebut). memang lah nampak buaian tergantung, macam best kalau dah berpusing. tapiiii, haihh. so, itu jadi game fisrt yang aku try dengan yang lain. masa nak naik seronok bukan kepalang ok. bila dah start bergerak perlahan, ok cool lagi. bila dah mula laju, laju, laju dan laju. hahahhahaha. aku menjerit nak turun, member yang lain pon sama. memang aku rasa macam nak tercampak sampai damansara. haha. atas tu jeh aku dah habiskan tenaga yang banyak. gelak bahagia. jerit macam nak bagi anak tekak keluar (bila lagi nak jerit tak tentu pasal) haha. aku dah malas dah hiraukan cuak aku. pakai redah je. dah takde istilah gayat lah apa lah. yang aku tau hanya nak main game dekat situ. haha.





Bukan nak cakap apa lah, FLYING COASTER paling gempak ah bagi aku. harga tiket rm10 tapi puas hati sungguh, aku tak tau kenapa game tu kena bayar tapi takpe nak try punya pasal. yang naik benda tu hanya aku, suraya, afiq and syauqi. seat yang disediakan terhad untuk 4org dalam satu masa. kami ber4 je yang rela nak naik. hehe. time nak duduk dekat seat, kite orang semua bodoh alam and just duduk. haha padahal kena meniarap. alaa, gaya macam nak terbang. haha. bukan senang dapat perluang nak jadi superman and superwoman. macam biasa ah, game dekat genting bermula dengan slow dan klimaks dia laju macam nak tercampak. haha. bila bergerak slow mula lah memekak, eh slow nyaa. alaaa. sekali dah laju. seriously, aku dah penat gileh nak jerit and gelak. hahahaha. kira semalam memang tak terkira lah aku gelak. itu sebenar nya yang seronok sebab mood 'not interested' aku bertukar kepada ' interested lebihhhh' haha. macam reaksi weh bila naik benda alah tu. bila aku teringat balik, aku boleh gelak sorang sorang. just imagine lah, betapa aku bahagia nya semalam :)






Hah game yang ni pon aku try 'CORKSCREW'. yang ni pon best, kira macam roller coaster mini lah. nak naik yang besar tu boleh pulak lah dalam tempoh pembaikan apa jadahs semua. ergh, shit gileh! datang jauh jauh tapi dapat try yang mini jieww. hurm, ok dah patut bersyukur sebab dah tak kempunan nak try roller coaster. hehe. time naik ni pon sama jeh, slow and then laju jugak. tapi zin punya reaksi paling aku tak boleh tahan. act, aku memang cuak tapi bila dengarkan zin memekak gile babeng, aku jadi tak cuak and gelak sepanjang naik benda tu. hahahah. kelakar oh! masa lalui benda alah yang extreme ni semua, masa tu lah asyik menyebut 'ya allah' and aku panggil 'mama' banyak kali. serious weh serious, aku hanya ingat nak sebut 2words tu jeh. aku memang tak ingat yang lain selain dua perkataan tu. aku hanya ingat allah sebab dekat dia aku akan kembali dan ingat mama sebab dia yang paling aku sayang. no words can describe my love to you ma :)) ok sound macam sedih. kenapa dah nie? haha! emo kejap. dan sepanjang aku dekat sana, orang yang aku ingat mama, babah. mana yang lain? idk! aku tak boleh lupakan diorang walau berapa minit sekali pun. hurmmmmm






Yang ni aku naik tima dah nak dekat balik T_T sob sob. yang aku seram sebab rasa macam tak safety padahal ada besi dah kepit paha aku. aku rasa badan aku macam nak jatuh, tak stabil tapi tak pun sebab itu semua hanya imaginasi aku je. kuat sangat pikir negatif. macam ni lah. haihh. tapi yang penting best. yang tak best bila korang naik sendiri and korang akan rasa bengkek (ayat zaman sekolah. ingat tak? hahah) gila sebab time nak corner je terkejut. aku ingatkan kereta atas jalan je mampu. rupa nyaaa, yang diawangan pon mampu. haha. macam macam lah dekat genting tu. nak try boleh pergi and for sure, korang mampu and ada yang pernah pergi kan? so sekarang kawan yang lain jangan nak show off sangat. benda aku pon dah merasa. he he he he ;D






Ini pulak aktiviti yang terakhir. masuk sini korang just bayar rm20. and masa lebih kurang setengah jam lah macam tu. yang masuk hanya 5orang, yang lain tanak. diorang cakap tak tahan sejuk. yang nik pulak dengan demam nya. memang tak digalakkan sama sekali ok. no no no! so, dia lah yang jadi photographer kami semua. memandangkan tak boleh bawak camera, fone dekat dalam tu. tapi bila masuk, ada jeh yang bawak. eh tak fair ah cenggini, kite pon nak jugak. HAHA! tapi tak sangka lah sebab kite orang bertahan lama dalam tu. dengan main gelongsor pendek and gelongsor pakai pelampung besar tu, memang gerrrrettt! haha. suraya naik gelongsor pendek tapi gelongsor ke depan terlebih lebih. ok faham, dia excited dah lama tak pergi playground dekat taman perumahan dia ==' u know what? sejuk dalam tu, -8 darjah celcius. puihhh, hidung aku membengkak and dah jadi besar semacam, tangan bengkak walaupun pakai glove, bibir mengeras. adakah aku dah menjadi ais batu? oh tidak, itu hanya imaginasi sekali lagi. haha! tapi yang pelik, badan aku tak rasa apa apa pulak. terror kan? tapi lah, bila aku kepal konon nak main baling salji, barai pulak. tak jadi ketulan. hah, pandai haa kikis ice cube bercube cube. its ok, i appreciate that! jangan risau lah kan.



Act, banyak lagi yang kita orang pergi tapi kalau dah melayan menaip sangat aku takut keyboard nie tertanggal satu satu huruf, jadi lebih baik saya berhenti setakat ini. hehe. macam mana aku dekat damansara makan tanpa henti, sampai sana pon sama takde beza. walaupun sana mahal benda yang dijual tapi untuk aku sorang je makan, aku dah spent almost hundred untuk seharian dekat sana. aku cerita dekat mama, mama geleng kepala macam tanak stop. hahaha. alah, makan kan, aku tak shopping pun, makan je ok. hikhik. thats why aku kena pergi muzium. tengok pameran jeh. tapi luar muzium ada makanan jugak kan? hahah. almost 10bijik strawberry with chocolate masuk perut aku. gula gula kapas colour purple (comel jeh haha) 1set kfc yang harga nya berganda, toasted ape jadah tuh yang tak sedap pon masuk jugak, dan banyak lagi. dan aku rasa macam nak masuk kedai coklat , borong semua snickers and m&m. erghhhhh! tapi sebab dah banyak sangat makan, ok sudah sudah laa kan. bawak bersabar, dekat damansara pon ada. haha. yesterday was awesome!! that's all!! bye :D

No comments:

Post a Comment