Friday 28 October 2011

HARI KHAMIS YANG PANJANGGGGGG!

BILA OFF DAY HARI KHAMIS? APA AKAN JADI PADA DIRI si penaip nih? walaupun satu hari tapi itu jelah masa nya untuk aku jadi paling kuat merayap, paling kuat menghabiskan duit dan bermacam palng kuat lah. lagi lagi kawan tengah cuti sem, aje memang mengundang tidak lekat di rumah laa. hoo yeahh! macam biasalah, niat nak bangun awal dah mulia sangat dah. tapi itu semua macam angan angan jeh. haih, pls lah meyna. 10.20am tersedar! what? adamaya dah start, pergh tertinggal 20min lah cerita dia. arghh! ingatkan terkejut sebab tersedar lambat =='




Dah habis layan cerita tu, apa lagi, mandi lah siap siap. dah tiba masa nak keluar. temu janji dengan suraya anuar. iye, si putih yang sudi menemani aku untuk keluar pergi curve untuk cari kura-kura yang aku nak hadiah kan dekat adik manis aku sempena hadiah hari jadi dia. *ayat baca dalam satu nafas tanpa memanjangkan harakat bacaan* semputt! HAHA. suraya bawak afiq, bf tersayang dia keluar sekali, sweet2 depan aku. fine, aku sengsorang. acane nak cweet cweet? haha. nvm, aku happy tengok korang bahagia :) tesco bersambung curve, curve bersambung ikano, ikano bersambung e@curve. satu jeh aku jumpa kedai haiwan T_T sedih okay. usha punya usha, kura kura tak jual. yang jual pon jenis kura kura dari mana tah, ala yang cengkerang bulat besar mcm bukit tuh. rm500! apak dia lah. ''tasik mana lah nak survey nak rembat kura kura nie, kata amalina didalam hati. monolog sudah!'' dah takde kan, takan nak berguling tanda protes. biakan dulu laa.




Next plan, movie! dah lama sangat tak tengok movie okay. tiket wayang dah terhenti koleksi nya semenjak dari bulan 8, masa bulan puasa. tapi, masih bertapi yew. membeli makanan, makan adalah paling wajib. boleh pulak time keluar tuh dah ngam ngam lunch our, perut dah menjerit mintak diisi. okay okay, kaki melangkah ke subway. dah lama tak makan, tiba tiba subway dalam ingatan. nak pilih menu yang mana pon aku dah macam batak tak sabar nak makan. aku takut bila perut aku kelaparan. aku rasa macam digerudi dari dalam dan lapisan perut makin menipis. akhir sekali hanya tinggal ----> RANGKA! nampak tak? imaginasi aku kuat sangat dah tuh =='




Moh cerita pasal movie apa aku tengok semalam. benda aku nak tengok real steel. berkobar okay nak tengok tapi afiq pulak kena balik awal nak kerja. haish. pilih punya pilih, kami decide nak tengok movie korean. SECTOR 7! sebab utama aku rasa tertarik nak tengok, poster depan gambar heroin dengan monster saling pandang antara satu sama lain. aitee. first impression jeh dah terfikir macam best. u know what? aku jenis tak suka bila orang cakap cerita tuh tak best jangan tengok. nanti membazir. setiap orang lain pandangan nya. jadi, aku memang tak heran orang nak cakap apa. kalau aku nak tengok, aku tetap nak tengok. bia aku yang judge sendiri baru aku puas hati. yelah, cuba bayangkan. kau punya semangat nak tengok cerita tuh. memang dah rasa macam tak sabar. tetiba ada makhluk yang cakap, tayah lah tak best ape semua. korang mesti rasa ala membazir lah nanti. jangan dengar! ikut diri sendiri okay. bukan selfish tapi pandangan sendiri pon perlu.






      Synopsis: Hae Jun is working as a marine equipment manager on an old oil prospecting ship. One day, a new recruit sinks to the bottom of the sea. Evidence suggests that it is not an accident and crew members begin to turn up dead, one by one. The few survivors soon discover an underwater creature. The viral monster infiltrated the ship through the drilling pipe and has been feeding on the crew to survive. Hae Jun and her colleagues' frantic fight for their lives begins.





Pelik kan tetiba sinopsis english. HAHA! copy paste lah senang. jimat masa dan jari tak penat menaip. kan mudah tuh. malas lah nak huraikan sinopsis sendiri. umpama buat sinopsis masa sekolah dan paling panjang lah dalam buku. sinopsis bila copy = pendek. sinopsis bila buat sendiri = berjelaaaaaa. dalam tak sedar, dah pon cerita apa yang jadi dari awal movie sampai habis. haha. hah, dan tak lupa:


"HB namin :) stop jadi budak paling becok, jangan makan banyak, kau dah cukup gemuk sampai mama bising sebab perut dah macam orang pregnant. haha. ILY!" dia senyum bila aku berjaya bawak balik kura kura ok. sekor jantan sekor betina. dia namakan yang betina 'shasha' yang jantan 'vitacare'. nama tanak kalah! up to you lah mok. hehe ;)

Sunday 23 October 2011

ADDICTED WITH RED COLOUR! :DD


                                                                  
       AKU SUKA PAKAI FLAT SHOES. SEMEMANGNYA SANGAT COMFORT! (Y)





JEJAKA, I LOVE ROSE! *jejaka jugak yang di mention haha*






KALAU BOLEH NAK PAKAI SHAWL MERAH EVERYDAY.
sampai kawan2 tanya, takde shawl lain keh? =='
bia biaaaaaaaaaaaaaa.







DAPPPPPPP WEH! FOR SURE, AKU MEMANG NAK MAKAN LAGI.
masa makan, practice makan sambil pejam mata. haha. feeling lah gileh!






WOAH! NAK PAKAI NIE BOLEH? SEKALI JIEWW. hehehe.
tak semestinya pakai supra, minat justin bieber.
menyampah okay.





CAN I HAVE THIS FOR MY FUTURE BFF?
pergh-lishh *muka cuteee*
walaupun color hitam nampak swift lagi menawan tapi aku tetap nak merah.
i don't care!





SKINNY? pfttt -.-
aku perlukan paha yang lebih isi sikit untuk menampakkan bentuk kaki yang lawa.
jangan sekali pandang umpama tiang di jalanan.
amagaddd! jangan lah sampai macam tuh. hahah



baca sini baca sini, korang mesti tertanya kenapa aku letak semua benda warna merah. itu merah ini merah. dah kenapa lah kan. di sini saya ingin menyatakan bahawasanya saya memang dah tak boleh lari dari warna merah. lagi menyala lagi menarik. FANATIK doee! bila orang tanya 'eh cantik kan pink?' aku hanya mampu jawab 'comel, hah memang' itu setakat di bibir. tapi dalam hati begini jadi nya 'PINK? :O WEH, TUH COLOUR KONON SWEET, TUH COLOUR BUDAK2 YG GILE PINKY FOREVER AND EVER, TUH COLOUR BINATANG HIDUNG TERBUKAK LUAS TUH, TUH COLOUR YANG AKU PALING TAK MINAT, lastly I LOVE RED sebenarnya! 


P/S: aku sanggup beli shawl pink sebab nak match kan dengan baju raya for this year. act, baju kurung tuh white colour tapi ade sulaman pink pink sikit and then mama suruh beli shawl pink. ohh paling terpaksa masa tuh. aku pernah pakai sekali jeh. tak tau nak pakai bila lagi? ==' takpe, angah sudi pakai. hehehe. tolong elakkan pergi kawasan yang banyak lembu and kawan2 seangkatan nya untuk tidak disodok. sayang punggung kan? haha.

Wednesday 19 October 2011

SEBENARNYA RINDU!


Memang lah simple tapi adakala bila dah serabut sangat memang muncul lah words'complicated' tu. tapi kita kena ingat, jangan sekali-kali give up! tapi benda yang complicated sangat dalam life aku sekarang, aku dah pandai datang lambat pergi kerja. ok listen, bukan saja buat pandai tapi aku dah tak boleh buat apa weh, pergi kerja naik bas iaitu sebuah pengangkutan awam di Malaysia. jadi, kalau dah stop stop amik orang sana sini. and berhenti terlampau lama takan aku nak marah kot. fine, aku kena faham. tapi bas tu sampai berhenti almost 10min dekat satu tempat yang konon ramai orang. padahal, alaa haiii. bahang aku bila jadi macam nih weh. benda nak jadi pekerja paling cemerlang, see dah cacat dah kedatangan aku. bhaha. eh tapi boleh kira ok berapa kali aku lambat. tak cukup 10 lagi. that's mean, aku masih cemerlang. haha! stop pasal kerja.


Kita cakap pasal sekolah (rindu T_T) masa sekolah aku paling malas nak lambat. you know wy? SEBAB GATE NAK MASUK TIME DATANG LAMBAT JAUHHHHHHH DEKAT DEPAN BERBANDING GATE KECIK (second gate yang dekat) itu baru alasan pertama. dan alasan kedua, aku sentiasa pakai stokin bercorak, bercolor bagai. konon meriah lah kan. haha. sumpah weh, aku benci pakai long socks color putih tu dengan panjang sampai betis. elakkan lah elakkan. memang aku akan spare socks lain dalam beg. dah dah, jangan nak mengutuk pulak beg aku bau stokin. benda hari isnin jeh aku akan spare socks, so bila isnin semua baru dan bersih. takde istilah bau longkang ok. haaa. kadang2 berani gak ambik risiko pakai socks pelangi hari isnin tapi oh come on, tak pernah kantoi ok. back up baik punya dari member ke member. haha. *kenapa lah perangai mcm nie ah dulu* haha. panjat pagar? fine, sekali je. lepas tuh insaf, kena marah dengan ex T_T bukan cikgu yang dapat tau, tapi ex yang dapat tau. gileh tah mana dia dapat information. pfftt -.-  



ponteng kelas? usah ditanya. tapi aku merasai lah pengalaman yang tak sepatut nya tu. fyi, ini bukan benda yang patut dibanggakan. tapi bila pikir pikir balik, tak elok ok. dulu masa sekolah tau nak seronok jeh. nasib baik lah perangai tu semua stop since aku jejak form4 :) aku stop sebab, aku takut masa depan aku teghok bila aku buat perangai macam tu. aku tanak cikgu benci weh. nnti ilmu tak berkat. mentor aku sampai habis sekolah, ustazah hasliza. dia paling rapat dengan aku. ramai murid cakap, dia cikgu paling kerek. mula mula aku pon anggap macam tu. sebab kalau tengok cara dia pandang, pergh pls jangan cakap saya ade buat salah. sampai macam tu sekali uolls. makin lama aku kenal dia, makin aku sayang dia. dia lah cikgu pend.islam aku time f3 and f5. dia tak kerek langsung pon. baik weh, baik sangat. rindu dia T_T dia panggil aku 'amal' singkatan dari nama amaleena. moga satu hari nnti, aku banyak lah buat amal. hehehe.



habit paling selalu sekali terjadi dekat sekolah:
=> wajib pergi toilet after 30min time subjek yg boring except account sbb nanti takut tak faham dan susah catch up. (habes aku)

-

=> beli makanan and then bawak masuk class, letak dalam laci (pasti ramai yang buat jugak)

-

=> pegang pen seumpama nak menulis nota padahal salin lirik lagu, ukir nama tah apa apa.
(pandai jadi hipokrit, heyh)

-

=> buku teks sejarah ditegakkan, kepala makin lama makin lentok dan zZzZzz
(sesungguhnya, mata aku paling mengada tetiba time sejarah, tah ape kena lah)

-

=> focus 100% time subjek account and math. i♥calculatesub!
(sub lain focus jugak lah kan tapi tak nerd macam sub diatas lah. haha)

-

=> suka duduk mengadap meja belakang *meja zin* bila buat kerja.
(dia paling rajin, dan paling cepat siapkan kerja dan memang terdorong lah nak cepat siap)

-

=> bila bosan gile, pandang belakang and buat muka toya. bila member gelak, cepat2 pusing depan and dia yg kena tegur dengan cikgu bukan aku. HAHA!
(aku duduk barisan ketiga drpd 6barisan. so, gua tengah2 boleh kacau sapa2. haha. heaven!)

-

=> nak melepak jeh dekat meja ainina and aqilah, meja dorang belakang sekali. so, luas kawasan nya. duduk lantai pon apa ada hal. hehe.

-

=> sub sc duduk belakang sekali dekat lab. sbb yang depan sume dah dirembat. so, kami ber-6 iaitu, ainina, mira, aqilah, zinn, suraya dan saya. memang akan tercampak belakang sekali. sob sob.

-

=> cikgu sc aku mengajar sleng terengganu, jadi nak tak nak kena paham lah. tapi dia best, kelakar oh :D
dan selalu marah kami ber-6 padahal baik tauu. tak faham saya!

-

=> paling seronok kalau dapat pergi library, dapat baca. baca majalah, buku rujukan tak berusik. hehe.
(tempat ber-air cond mmg seronok lah, kadang sampai tertidur)

-

=> sub pend.islam ada PAFA kan, yang ni ikot mood jugak. kadang jadi org paling awal pegi menghafal, kadang jadi paling malas sampai kena panggil nama dengan ustazah. hee.

-

=> paling best time puasa, ada tadarus al-quran. serious best dapat baca ramai2. aku mcm biasa lah sentiasa ber-6 walau buat apa pon.


Act, zaman sekolah paling best weh. aku tak rindu sekolah tapi aku rindu rutin tiap tiap hari dekat sekolah. ape aku buat dari pagi sampai balik sekolah. itu sebenar nya yang aku rindu sampai sekarang atau mungkin sampai bila bila (: cukuplah aku pung pang pung pang sampai takat nih. take care, assalamu'alaikum.

Saturday 15 October 2011

SEMUA ORANG ADA TABIAT BURUK OK, jangan bajet diri tu peri-peri nak lawa setiap masa. puihh!

Salam satu malaysia :D wahhh! Pernahkah anda mendengar dan lihat sendiri orang yang sememangnya mempunyai 'tabiat menggigit kuku?' atau adakah anda sendiri yang mempunyai tabiat sebegitu? gimme five! hahahaha. kenapa kena five? sebab si tukang taip ini juga tergolong dalam tabiat ini. ok ok, aku tau memang kotor, memang banyak gegila keburukan berbanding kebaikan. act, takde kebaikan pun, saja nak sedapkan hati dan nak menampakkan tak lah teruk mana kalau gigit kuku. tapi sayang, keburukan nya tidak dapat ditandingi. aitee.



Semua orang ada tabiat buruk ok sepanjang hidup dekat dunia ni. kalau ada yang cakap tak pernah ada tabiat buruk. dah boleh dilabel penipu besar terang-terang. tau nak menipu je, cuba belajar jujur anak oii, mak tak pernah ajar menipu tauuu. haish! mungkin ada sebab kenapa tabiat buruk seseorang kita tak perasan. mungkin dia pandai cover line baik punye bila depan orang. itu naisss. hahah! tapi bagi aku, memang patut pon kita cover tabiat buruk bila berhadapan dengan orang ramai. yelah, nanti orang geli doe. tambah tambah yang gigit kuku, hahaha. nak salam pon kena pikir 10x. macam kesian jeh. haha.



Sebenar nya, tabiat gigit kuku ni tak elok. aku tak tau lah macam mana aku boleh terjebak dengan tabiat paling hodoh ni. aku rasa since sekolah menengah aku start. maybe tension melampau. hahah. tapi orang lain ok jeh kan. aku jeh over, nak kata tension belajar teghok teghok, takde pulak dapat straight A's. haha! argh, macam macam lah amaleena ni. aku pon tak tau sama ada aku tergolong dalam golongan yang 'biasa' , 'sedehana extreme'atau 'paling extreme' gigitan kukunya. he he he. yang aku tau bila aku dah syiok gigit kuku ape semua, sedar sedar bila nak makan nasi jari pedih. tengah gigit heaven gileh weh. haha. asal buat muka pelik and eeiiuuwww? geli? eleh, kononnnn. tah tah, korang pon sama jieww. hahah! bila aku pikir pikir balik kenapa lah aku tak boleh stop. i dont know why. tapi yang paling sure, mama babah, wan, family, kawan kawan ramai suruh aku stop. aku tau tak elok tapi kalau nak stop umpama orang merokok nak stop merokok. macam tue lah. hehe. tapi sekarang aku dah jarang buat tabiat nie. dan dalam tempoh nak stop teros. haha! besar betol angan-angan.haha. aku mengaku lah, aku jealous tengok kuku perempuan yang lawa lawa T_T kadang aku macam nak cabut jeh kuku dorang, letak dekat kuku aku. haha. tapi takde istilah penyesalan ok, sapa suruh mengundang nak merosakkan kuku. eh eh tapi aku tak gigit kuku kaki ok. yang tu sumpah geli gile, eeeeeee. macam jari kuku bersih sangat lah kan meyna == tapi fun ah, benda ada member share sama tabiat ni. so, bila bercerita  berhadapan antara satu sama lain mulalah perangai tak semenggah masing2. hahaha. bermacam aksi yang dipamerkan. mampu? hahaha.



Paling aku tak boleh lupa masa form3, bila ex aku tengok aku dah kemaruk sangat gigit kuku. setiap kali jumpa, tak kira lah dekat mana mana sekali pon, dia mesti akan bawak kan aku makanan supaya aku boleh lalaikan diri dengan makanan. tak perlu mintak, pasti ada. haha. sampai satu hari, dia cabar aku suruh stop gigit kuku dalam tempoh seminggu aku rasa. kalau mampu stop, mintak je apa aku nak. hahah. kelakar kan, sampai macam tue sekali dia nak suruh aku stop dari tabiat hodoh tuh. eh aku mampu ok tapi last last aku just mintak nasi lemak kukus dengan lauk ayam and paru. pfftt -.- kenapa tak mintak yang lagi melampau amaleena. hahah. tapi time tu lawa kot kuku aku terbentuk. hehe. dia suka, tapi lepas jeh dah belanja, fine mula balik dahhhhhhh. hahaha. lama lama dia putus asa. bile tengok aku gigit kuku, dia just senyum. iloveyou! eh, itu ayat tiga tahun lepas. hahahah.



Second, korang boleh bayangkan tak bila tengah sedap sedap gigit kuku. kira dah sampai nak penghujung kuku dah hampir nak  putus. putus keh? wtv. tiba tiba member datang terus tolak tangan kau. shit, sakit doe kalau jadi macam ni. sampai aku pernah marah kawan aku sebab tolak. erghhh! then lepas tu mula lah membebel, sakit nya nak makan. masa ni lah peluru berpandu keluar dari mulut member. hehehe.banyak pengalaman aku selama ada tabiat ni tapi nak buat macam mana. payah payah. dan sekarang, namin, adik last aku sedang mengikut jejak langkah kakak tersayang. haha.



amaleena, dah tiba masanya untuk kau bersara. ok ok, nnti bersara laa. ahahh. sesungguhnya, tabiat buruk ni normal tapi kalau makin melampau tak elok jugak. jadi, cuba lah sedaya upaya untuk stop. wan selalu cakap kalau gigit kuku cita-cita tak kesampaian. haish, dah patut stop dah nie. tak kira lah, tabiat menggigit kuku kew (extreme sangat sampai daging tepi kuku pon nak bedal), suka meludah merata-rata kew (yang nie dah patut bawak mangkuk pergi mana-mana, kau ludah lah sampai dah habes air liur)  , taik hidung gentel2 jadi fishball and then campak merata-rata (yang nie suruh dia carik balik sampai dapat, jijik ok), dan macam macam lagi lah. hahah. enough till here ok. perut dah sebu, tiba masa untuk makan. babaii :)

Thursday 13 October 2011

PERCUTIAN BULAN MADU BERSAMA KAWAN SEANGKATAN!

Tarikh 12.10.11 iaitu hari rabu *semalam lah senang* AKHIRNYA MENJADI KENYATAAN! macam tak percaya macam tak sangka dapat jugak jejak genting highlands. bunyi macam tak pernah jejak. pernah okay tapi masa kecik dulu, when i was 2years old. memang aku batak lah bila pergi sana semalam. haha! bukan batak apa tapi bila dah sampai baru aku rasa excited, padahal time countdown bila nak pergi tak pulak aku rasa apa apa. tapi yang penting, aku memang terasa best yang tak boleh nak diungkap. hanya gelak tawa, senyuman sahaja yang mampu aku tunjukkan :)





Aku pergi 10orang, team aku 6orang dan yang lagi 4org kebetulan nak pergi hari yang sama. so, gerak sekali pon boleh what. tak jadi masalah lah. kite orang just ambil pakej satu hari dari ou sampai genting skyway dan yang seterusnya. terima kasih pada pembeli tiket untuk perjalanan ke sana, siapa lagi jikalau bukan amaleena yang baik hati ohooo hoiii. HAHA! bertolak dari ou pukul9 pagi dan sampai sana pukul10 pagi. bukan sampai genting yang kami semua excited gileh tuh tapi sampai tempat nak naik cabel car. bila aku tengok benda alah tu tergantung sambil membawa tetamu nya dengan penuh sopan santun (bergerak perlahan habes), ya allah, aku rasa macam nak patah balik. aku sangat gayat dan macam mana aku kena lalui saat saat yang pergh gila tinggi macam tu. nak taknak, aku kena naik sebab tiket balik pukul7 petang. haha! fine fine, aku kuatkan semangat naik cabel car. first words yang terpacul keluar dari mulut aku "ya allah tak saba nya nak naik" (walaupun gayat) second words bila dah mula bergerak dan aku rasa macam duduk diawangan, "ya allah kenapa tinggi sangat. erghhh, aku nak turun" third words bila dah makin tinggi dan aku pon dah makin cuak habis, "aku tak tau macam mana aku boleh jadi gile nak datang sini dan kena naik benda alah nie" lepas tue, aku terus diam seribu bahasa. korang, aku hanya mampu pandang atas dan depan sahaja. belakang tak, bawah memang tak lah. enough lah, aku dah naik pun dah cukup berani dah. tapi paling aku rasa nak bagi pelempang bila kawan kawan seangkatan gelak kan aku. tapi takpe, gayat punya pasal, aku redha je mereka mengejek. ejeklah sampai lebam. haha!






Lepas dah mengharungi saat saat nak hilang nyawa, sampai lah dekat atas. aku tak sure berapa lama naik cabel car tu. benda alah tu buat aku gayat so aku malas nak amik tau. bia bia. jalan jalan sementara nak sampai taman tema genting highlands tu dengan lenggang lenggok nyaaa. show ticket dan dipakaikan pas masuk yang tertera perkataan "outdoor". so, kalau nak main indoor kena bayar lain. aitee. masuk je dah nampak 'BUAIAN MELAYANG' (nama tu aku yang sebut). memang lah nampak buaian tergantung, macam best kalau dah berpusing. tapiiii, haihh. so, itu jadi game fisrt yang aku try dengan yang lain. masa nak naik seronok bukan kepalang ok. bila dah start bergerak perlahan, ok cool lagi. bila dah mula laju, laju, laju dan laju. hahahhahaha. aku menjerit nak turun, member yang lain pon sama. memang aku rasa macam nak tercampak sampai damansara. haha. atas tu jeh aku dah habiskan tenaga yang banyak. gelak bahagia. jerit macam nak bagi anak tekak keluar (bila lagi nak jerit tak tentu pasal) haha. aku dah malas dah hiraukan cuak aku. pakai redah je. dah takde istilah gayat lah apa lah. yang aku tau hanya nak main game dekat situ. haha.





Bukan nak cakap apa lah, FLYING COASTER paling gempak ah bagi aku. harga tiket rm10 tapi puas hati sungguh, aku tak tau kenapa game tu kena bayar tapi takpe nak try punya pasal. yang naik benda tu hanya aku, suraya, afiq and syauqi. seat yang disediakan terhad untuk 4org dalam satu masa. kami ber4 je yang rela nak naik. hehe. time nak duduk dekat seat, kite orang semua bodoh alam and just duduk. haha padahal kena meniarap. alaa, gaya macam nak terbang. haha. bukan senang dapat perluang nak jadi superman and superwoman. macam biasa ah, game dekat genting bermula dengan slow dan klimaks dia laju macam nak tercampak. haha. bila bergerak slow mula lah memekak, eh slow nyaa. alaaa. sekali dah laju. seriously, aku dah penat gileh nak jerit and gelak. hahahaha. kira semalam memang tak terkira lah aku gelak. itu sebenar nya yang seronok sebab mood 'not interested' aku bertukar kepada ' interested lebihhhh' haha. macam reaksi weh bila naik benda alah tu. bila aku teringat balik, aku boleh gelak sorang sorang. just imagine lah, betapa aku bahagia nya semalam :)






Hah game yang ni pon aku try 'CORKSCREW'. yang ni pon best, kira macam roller coaster mini lah. nak naik yang besar tu boleh pulak lah dalam tempoh pembaikan apa jadahs semua. ergh, shit gileh! datang jauh jauh tapi dapat try yang mini jieww. hurm, ok dah patut bersyukur sebab dah tak kempunan nak try roller coaster. hehe. time naik ni pon sama jeh, slow and then laju jugak. tapi zin punya reaksi paling aku tak boleh tahan. act, aku memang cuak tapi bila dengarkan zin memekak gile babeng, aku jadi tak cuak and gelak sepanjang naik benda tu. hahahah. kelakar oh! masa lalui benda alah yang extreme ni semua, masa tu lah asyik menyebut 'ya allah' and aku panggil 'mama' banyak kali. serious weh serious, aku hanya ingat nak sebut 2words tu jeh. aku memang tak ingat yang lain selain dua perkataan tu. aku hanya ingat allah sebab dekat dia aku akan kembali dan ingat mama sebab dia yang paling aku sayang. no words can describe my love to you ma :)) ok sound macam sedih. kenapa dah nie? haha! emo kejap. dan sepanjang aku dekat sana, orang yang aku ingat mama, babah. mana yang lain? idk! aku tak boleh lupakan diorang walau berapa minit sekali pun. hurmmmmm






Yang ni aku naik tima dah nak dekat balik T_T sob sob. yang aku seram sebab rasa macam tak safety padahal ada besi dah kepit paha aku. aku rasa badan aku macam nak jatuh, tak stabil tapi tak pun sebab itu semua hanya imaginasi aku je. kuat sangat pikir negatif. macam ni lah. haihh. tapi yang penting best. yang tak best bila korang naik sendiri and korang akan rasa bengkek (ayat zaman sekolah. ingat tak? hahah) gila sebab time nak corner je terkejut. aku ingatkan kereta atas jalan je mampu. rupa nyaaa, yang diawangan pon mampu. haha. macam macam lah dekat genting tu. nak try boleh pergi and for sure, korang mampu and ada yang pernah pergi kan? so sekarang kawan yang lain jangan nak show off sangat. benda aku pon dah merasa. he he he he ;D






Ini pulak aktiviti yang terakhir. masuk sini korang just bayar rm20. and masa lebih kurang setengah jam lah macam tu. yang masuk hanya 5orang, yang lain tanak. diorang cakap tak tahan sejuk. yang nik pulak dengan demam nya. memang tak digalakkan sama sekali ok. no no no! so, dia lah yang jadi photographer kami semua. memandangkan tak boleh bawak camera, fone dekat dalam tu. tapi bila masuk, ada jeh yang bawak. eh tak fair ah cenggini, kite pon nak jugak. HAHA! tapi tak sangka lah sebab kite orang bertahan lama dalam tu. dengan main gelongsor pendek and gelongsor pakai pelampung besar tu, memang gerrrrettt! haha. suraya naik gelongsor pendek tapi gelongsor ke depan terlebih lebih. ok faham, dia excited dah lama tak pergi playground dekat taman perumahan dia ==' u know what? sejuk dalam tu, -8 darjah celcius. puihhh, hidung aku membengkak and dah jadi besar semacam, tangan bengkak walaupun pakai glove, bibir mengeras. adakah aku dah menjadi ais batu? oh tidak, itu hanya imaginasi sekali lagi. haha! tapi yang pelik, badan aku tak rasa apa apa pulak. terror kan? tapi lah, bila aku kepal konon nak main baling salji, barai pulak. tak jadi ketulan. hah, pandai haa kikis ice cube bercube cube. its ok, i appreciate that! jangan risau lah kan.



Act, banyak lagi yang kita orang pergi tapi kalau dah melayan menaip sangat aku takut keyboard nie tertanggal satu satu huruf, jadi lebih baik saya berhenti setakat ini. hehe. macam mana aku dekat damansara makan tanpa henti, sampai sana pon sama takde beza. walaupun sana mahal benda yang dijual tapi untuk aku sorang je makan, aku dah spent almost hundred untuk seharian dekat sana. aku cerita dekat mama, mama geleng kepala macam tanak stop. hahaha. alah, makan kan, aku tak shopping pun, makan je ok. hikhik. thats why aku kena pergi muzium. tengok pameran jeh. tapi luar muzium ada makanan jugak kan? hahah. almost 10bijik strawberry with chocolate masuk perut aku. gula gula kapas colour purple (comel jeh haha) 1set kfc yang harga nya berganda, toasted ape jadah tuh yang tak sedap pon masuk jugak, dan banyak lagi. dan aku rasa macam nak masuk kedai coklat , borong semua snickers and m&m. erghhhhh! tapi sebab dah banyak sangat makan, ok sudah sudah laa kan. bawak bersabar, dekat damansara pon ada. haha. yesterday was awesome!! that's all!! bye :D

Tuesday 11 October 2011

MAKAN MAKAN MAKAN.


NASI GORENG PATTAYA.
aku suka nasi nie dari nasi goreng kampung (ngk). NGK tak seceria macam nasi nie.
see, banyak kan color, meriah rasa bila nak makan. tak lah suram jeh.
lagi satu, cili sos tue yang buat aku berselera.
sememang nya, bila makan takde cili sos aku rasa tawar ah. tak tau kenapa ==



NASI AYAM MADU.
aku tak suka makan nasi ayam yang tak berkilat.
aku nak yang bersinar kilat nya. haha! baru aku berselera.
aku hanya makan bahagian kepak atau dada sahaja ok. bahagian paha pun boleh laaaaaaaaa.
agak agak kalau bagi aku isi, memang tak habis lah.
muak lah makan isi ayam!



TOMYAM CAMPUR.
tapi aku selalu tak makan udang.
dan akan ada lah sesi derma menderma dekat sesape yang makan dengan aku.
untung apa. haaaa.
bila makan tomyam, aku suka yang merah pekat.
bukan sebab aku suka pedas gegila tapi sedap lah.
kalau aku tengok tomyam yang cair, color tak merah...
aku macam malaih nak makan.
baru aku perasan, bila makan tomyam, aku lagi banyak makan bawang dari isi tomyam.
dah boleh wujudkan tomyam bawang dah. haha!



CHICKEN CHOP.
ayam makan, kambing tak makan.
hati teringin nak mencuba tapi mengenangkan bau hamis kambing. arghhhhh, terus tak minat!
kepala pon boleh tahan macam nak pecah menahan sakit bila makan daging kambing.
so, jalan terbaik --> tak payah makan :)
kalau singgah mana mana kedai, ikut hati nak order makanan nie jeh.
 tapi malas ah nanti kebulur nak nasi tengah malam dekat rumah.
benda perut melayu tulinnnnn. haha.



YOGHURT DRINK.
dah lah kurus, lagi minum benda alah nie.
eh tapi sedap, korang patut try lah sendiri :)
fav aku, strawberry flavour.
takde strawberry baru lah aku try flavour lain.
tapi macam frust ah bila takde strawberry. hee.



NESLO AIS.
ini fav aku nombor satu weh!!! :DD
aku dah ketagih agak nya dengan neslo ais nih.
bukan nak cakap apalah, tapi ada orang cakap nanti beyak (berak) keras lah sebab pekat, tak sedap lah.
argh, do i care?! ;p
haaa, setiap kali order neslo ais, aku sentiasa akan ingat kan orang yang ambil order tuh.
'neslo tue buat pekat pekat tau'
pernah aku dapat neslo cair, whattheF!
aku terus tak minum, sebaik air mineral sentiasa disisi.
bukan cerewet doe, benda dah pesan.
lupa nak bagi tau tukang buat air? alasan sebab lupa, rejecttttt!!



TEH O AIS.
kalau neslo ais yang aku rasa tak sedap for the first time aku try,
tak kira lah dekat mana mana tempat aku pergi.
aku akan order, teh o ais.
air paling simple, air paling murah. hehe.
padahal dekat rumah, hari hari minum ==


FAMOUS AMOS.
sedap kan cookies nie :)
harga okay and isi dalam banyak kot.
untuk aku makan sorang cukuplah.
tapi kalau nak share, tak sure ah. hehe.
semalam aku makan cicah yoghurt drink *berry flavour*
boleh lah rasa dia, tapi tak ummpphh macam biskut kosong cicah air teh o kott. HAHA!

SNICKERS.
aku hargai jasa baik dia!
 saat saat aku lapar nasi, dapat makan snickers nie, kenyang lah jugak.
tapi tak lah tahan lama kenyang nya, nasi wajiblah ada. hehe.
snickers nie fav babah since sekolah lagi :)
so, kalau dia nampak aku makan.
memang kena share ah. haha. beli laen pon bolehhhhh



ROCKY.
aku macam tak sengaja beli sebab nampak macam sedap.
and time sekolah pon, aku tak amek pot sangat benda alah nie.
sebab time sekolah aku terlampau sangap hacks. HAHA!
hacks merah ok, bahanggggg. haha.
tapi apa apa pun, rocky nie not bad lah kan.
fav flavour aku, chocolate.
ada kawan aku suka strawberry tapi kenapa aku makan rasa tawar huh? ==
takan nak letak cili sos kot. haha!


CLOUD9.
haa, chocolate nie mama punya fav pulak.
kira dari dia lah, aku pandai makan.
kalau dia tak belikan, makan depan aku time kecik2, dari sapa lagi aku nak tau.
aku berjinak dengan cloud9 dulu then baru up snickers. haha.
benda harga jauhhhhhhhhhhhhh beza kot. haha!




HIGH 5 IKAN BILIS.
dipagi hari, aku perlukan roti ini untuk mengalas perut.
kadang takde, aku kena beli yang flavour chocolate lagi satu tuh.
tapi kalau makan benda manis tak kenyang, that's why aku nak benda pedas sikit macam roti nie.
tapi tolong eh, jangan bagi flavour tuna.
tak sukaaaaaaaa.




Ehem, sebenar nya semua nie memang akan ada dalam list aku setiap bulan untuk makan. tapi sekarang dah jadi setiap minggu aku makan. dah kenapa? -.-' selera makan mula over sejak raya hari tue. tengok tengok, pengaruh kuat dari raya sampai sekarang. dan macam susah aku nak biarkan perut aku berbunyi mengikut perlbagai rentak irama dan lagu. haha. fully loaded everyday! weeeeeee. bila nak gemuk? INI AKU TAK TAU NAK JAWAB MACAM MANA. dah, jangan tanya -.-' bhoiii!

Wednesday 5 October 2011

TAK PAYAH TERGILA DEKAT BIEBER, EVANDRO LAGI HEBATT! haaa

Evandro Soldati, born April 17, 1985 in Brazil, is a Brazilian male supermodel.















p/s: okay macam menipu kalau cakap tak admire dekat mana mana orang. masalah nya, kawan aku yang letak pic dia dekat DP bbm weh. aku ingat kawan aku ok, tapi susah lah nak percaya. haha! then stalker punye stalker, pujuk kawan aku suruh bagi tau nama, die berkeras hati. degil tanak bagi tau. ok fine, aku just search dekat google. punggah punye punggah, taraaaaaa! that is you :D model rupenya, aitee. sanggup kan? benda memang sasa pic dia yang kawan aku guna tuh. bhaha. perasan tak aku letak pic dia pose sama jeh? hahah. sebab aku nak bila one day atau bebile keh aku try imbas yang lama punya update. aku akan nampak dia dan dia pon tengah pandang aku. hahahah! menusuk uolls. haha. ada masalah, tengok dia mesti hilang masalah. haha.

sesungguhnya, dia kacak okay FULLSTOP
kesah pulak aku nak ss or what.
ini blog aku, bukan orang lain.
bia bia. haha. kbaiii

PERIHAL MATA PELAJARAN BM!

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membaca, saya hanya .............. INTRO yang menjengkelkan lah meyna -.-' silap silap, assalamu'alaikum, moga anda diluar sana sentiasa dalam keadaan yang sihat hendaknya. saya disini sihat belaka. macam karangan kan? dahulu bila cikgu menyuruh membuat karangan, minit-minit terakhir baru hendak dibuat. macam biasa, cikgu yang ajar aku sepanjang sekolah baik baik lah kan, banyak bersabar. dan bagi tempoh masa yang agak lama untuk menyiapkan sebuah karangan. tapi didalam peperiksaan hanya memberi masa 2jam sahaja untuk menyiapkan karangan. kejam sungguh. sudah laa aku tidak puitis sama sekali. kalian, aku tidak minat sastera. aku boleh membaca dan mengulangkaji macam biasa tapi jauh di lubuk hati aku. baiklah, memang tidak faham! sastera bahasa yang indah murid-murid, jika kamu benar benar memahami, maka cemerlang lah bm kamu. tapi tapi bahagian pemahaman komsas jela. haha. macam biasa lah, cikgu sentiasa menyokong dari belakang. para pelajar jeh yang degil semacam. konon tidak minat, tidak faham langsung kot, dahhhhhhhh malas lah baca. bahasa dalam sangat lah. alasan ini memang aku kerap dengar sejak tingkatan1. siapa lagi kalau bukan dengar dari kawan terdekat dan aku juga lah kot. sepanjang 5tahun aku sekolah menengah, aku hanya mengingati sinopsis 'bukit kepong' sahaja. yang lain mana? tajuk buku pon aku tidak ingat sudah apatah lagi isi yang dalam dalam. memori dalam kepala akan diformat setiap tahun, maka akan terpadam lah yang lepas lepas. macam mana jawab SPM kalau lupe pelajaran tingkatan4? soalan yang bijak! cikgu selalu berkata 'korang, kalau nak berjaya kena berusaha, mesti jadi rajin, jangan belajar dekat sekolah tapi balik rumah, buku dalam beg jeh terperuk' ape kata kunci dia? RAJIN kan. kalau orang yang pikir masa depan, tanak bazirkan duet mak ayah dia, pasti akan berusaha separuh mati. percayalah *tangan didada kepale tunduk*

baku nye??
act, aku rindu nak belajar bm macam dulu.
entah kenape, sejak dua menjak nie aku selalu hantar mesej yang berunsur sastera dekat kawan2 aku.
yang jadi mangsa macam biasa lah ainina. hahah
bia bia, sekali sekala annoying, bukan luak pon. haha

to: puan rozita (f2), puan noriyati (f3), cik suhaila (f5)
alaaaaaaaaaaa, nama cikgu bm form1 dengan f4 lupe laaa. arghh! 
TERIMA KASIH CIKGU! :)

bukan tunggu hari guru jeh nak appreciate. see, lepas hari guru pon boleh appreciate what? tata.


Tuesday 4 October 2011

HEY HEY HEY LIARS!













sakit hati bila kena tipu?
SEMEMANG NYA!

BILA ADIK NAK PMR!

hye! hari nie angah ambil exam PMR. woah, relax. aku tau die cuak, nervous gileh dari semalam. aku boleh perasan sangat. semalam, aku balek dari kerja, die dah mengadap pc since pukul7 aku rasa. aku sampai rumah pukul8 something. die tak cakap banyak pon, tapi memang selalu die yang paling diam. so, takde ape yang pelik. haha. kakak die jeh yang kecoh tak boleh control. bhaha. bia bia. seriously, die maen game umpama esok takde ape ape. memang pelik lah aku. tapi die cool, itu dah cukup bagus. kalau gabra sangat pon tak boleh jugak. nanti ape pon tak jadi. percayalah, kakak dah makan garam dulu dari kau. cewahhh! focus nya die maen game tak payah cakap lah. mata menatap screen, tangan memegang kemas mouse dimeja. ahaaii. aku pon mule lah bersembang:

me: kau esok exam ape ngah?

angah: bm 1, bm 2 dengan agama.

me: dapat keh jadual exam yang macam buku tuh?

angah: dapat.

me: kau tak reti nak buat last revision keh?

angah: otak aku dah penoh.

me: selamberr penoh, jgn gigil habes esok dah laa.

angah: *diam seribu bahasa, layan game dengan tekun*

ringkas perbualan kami? dah biasa. bukan tak mesra tapi die memang susah nak bercakap weh. ade emas dalam mulut rasa nya. kami bagai langit dengan bumi. dari segi macam macam lah:

-die paling diam, aku paling kecoh.

-die paling cool, tenteram sepanjang masa, aku paling gelabah tahap kronik. kesian..

-bile kena marah, die senang menangis. gua tak, jiwa keraih. haha

-bile basoh pinggan,bunyi pinggan die paling kuat lah haii. aku dengan lemah longlai ok. haha

-die suke buah salak (alaa, yg macam kulit tenggiling tuh) tapi aku tak suke. kelat woih!

-die besar dari aku, aku kecik dah macam adik. so, die jaga aku! hahaha

-die tinggi dari aku, JEALOUS! ini tak boleh terima. sob sob

macam mana pon perangai die, die tetap adik aku. tipu lah kalau adik beradik tak pernah bergaduh. tapi bagi aku, normal lah. masam muka? normal laa tue. dari saling maki hamun antara satu sama lain. lagi tak manis kan. so, better diam kan diri. diam bukan bermakna kalah ok. biarlah keadaan tenang. kalau dua dua panas, ape pon tak jadi. bak kata pepatah, air yang dicencang takan putus. *lepas pukul10, die buat revision ok. bersungguh, naisss*


advice untuk angah:
"sebagai kakak, aku syg kau ok. adatlah kite kadang bergaduh sampai aku rasa nak rembat jeh muka kau tapi i do love you my sister. a lot! aku tau kau nervous gileh nak jawab exam, semalam kau cakap dekat aku. tapi just do your best ok. make us proud with you. buat betol2 kalau nak masok aliran yang kau suke. aku harap kau tak nervous teghok teghok. kalau nervous, bayangkan muka aku. insyaallah dapat jawab. hahah"