Saturday 19 November 2011

Pengalaman..

Nampak sangat dah yang aku macam malas gila nak update blog ini. Tak, bukan malas tapi letih. Serious, busy tak habes dan tanak kalah dengan orang yang berpangkat besar. Nampak kan cara nak cepat kaya tuh, HAHA.




Hari ini aku nak bercerita pasal kerja aku selama ini. Okay pejam celik pejam celik aku dah kerja 10bulan dah pon. Lama lah bagi aku yang baru lepas spm ini untuk tempoh bekerja. Kenapa aku kerja dalam tempoh yang lama?  Nanti nak keluar jeh dengan kawan kawan mesti nak guna duit kan? takde mau nya keluar tanpa makan, minum, movie kalau boleh sampai nak dua kali tengok, dessert untuk kudap kudap. Itu tak termasuk lagi kalau nak beli benda lain ---> Nak beli flat shoes bermacam corak tapi sayang sekali selalu beli plain jeh, beli shawl berbagai warna dan macam macam lagi lah.  Aku perempuan, nafsu berjela k nak beli macam macam. Kalau perempuan cakap tak suka shopping, dah boleh 'BOO' ramai ramai. JADI, CARA PALING MENYENANGKAN HATI AKU ADALAH BEKERJA $_$





Mula mula nak kerja, serious aku ada perasaan yang malu sangat. Aku rasa rendah diri gila nak hadap manusia dekat muka bumi ni. Bukan malu apa, malu kalau terserempak dengan budak sekolah dan takut diorang mengata macam macam 'eh, itu senior kita dulu kan?' 'itu amalina 5Cerdas tu kan?' 'itu amalina kawan si polan si spolan tue ehh? Betapa sakai nya aku masa dahulu kala -.-' Aku aim nak kerja farmasi kot weh before habis spm lagi. haha. awal kan plan, well. hidup kena ada planning. hikhik. Aku nak kerja farmasi sebab aku kempunan nak jadi doktor konon nak bagi arahan, ubat ini dimakan 2biji 2kali sehari ye. Itu pon kalau dapat bahagian orang pakai baju putih boleh duduk tuh, dengan takde kelulusan dalam bab ubat ubat tiba tiba nak position tu memang paling tak lah kan. Berangannn..




Perasaan malu memang tebal sangat dah tau tapi mama dengan babah lah yang biasa membimbing untuk aku maju ke hadapan. Macam biasa, mereka jeh yang mampu naik kan semangat aku. First kerja, aku kerja dekat restoran fast food iaitu A&W. Korang tau tak, kerja kedai makan paling aku benci paling aku benci. Aku memang dah aim kot nak kerja farmasi macam mana boleh dapat situ. Tue lah orang tua kan ada cakap, hidup ni jangan membenci sangat, tengok kan dah mendapat. Penat memang penat, mana ada kerja yang tak penat kan. Tapi apa yang aku suka, masa kerja situ tempat dia strategik gila kot. Dekat jeh weh dengan rumah aku, aku jalan pon tak sampai setengah jam. haha. Itu yang penting, lagi satu tak payah tambang bagai, cuma kaki jeh kena cukup servis sebab hari hari nak berjalan. Dari situ aku mula dapat pengalaman bekerja sebab itu kali pertama aku kerja. Masa sekolah nak buat part time pon mama tak bagi. risau kata nya. K.




Kerja A&W selama 2bulan 2minggu macam tu lah. Selama tempoh masa tuh aku rasa memang fun habes doh. hahaha. Tak tau nak explain macam mana. Kawan ramai satu hal, layan customer macam macam kerenah lagi, dengan kerja potong ayam, tomato, timun, masak fries, buat burger. Ewahhh, nampak kan yang memang boleh buat kerja dapur. haha. Tapi first time nak potong slice ayam jadi lagi nipis, luka jugak lah jari aku. haha. Tapi ok lah pengalaman. Kalau tak aku takan tau macam mana orang kerja dekat kedai makan.




Pengalaman MANIS aku selama dekat A&W:

- Aku dapat sorang kawan lelaki, okay dia memang baik, memang masuk lah dengan perangai aku, bila takde dia aku sunyi okay sebab dah benda rapat, dengan orang lain susah laa nak cakap. Takde dia aku rasa macam takde semangat nak kerja. HAHAHAHAHA.


- Jadi cashier. Pegang duit woih $_$ haha. Shot duit ada lah tapi tak lah sampai beratus, lebih rm20 pon tak pernah. Paling kecut bila nak closing uolls sebab benda kite orang last kira duit. Kalau shot mula lah adegan muka kesian mintak bayar esok. Manager satu kepala, apa saja boleh haaa. hehehe.


- Jaga drive-thru. Weh sumpah best gilaaaaaaaa jaga situ. My fav :) Tapi sayang, position aku selalu cashier utama. Mungkin suara bergemalai nan indah itu yang kena campak jadi cashier utama. Kang kalau jaga drive-thru tertidur pulak customer mendengar nya. haha.



- Kerja bahagian dapur. Perempuan tak expert okay kerja bhg. dapur berbanding lelaki. serious! diorang pantas kott. kita bersopan santun nak siapkan burger, diorang dah siap 2,3,4 okay. perempuan kan, ayu lebih biasalah. Dapur kan bahang, so allergy lah panas panas. Padahal nanti ke dapur jugak. Tapi aku tetap kena jadi cashier depan. So boringgg -.-



- Masa break jeh haaa mula lah ramai ramai penuhkan meja makan sama sama :) aku takan lupaa. percayalah..


Pengalaman pahit aku ialah bila customer dah mula maki-maki. Weh, benda kitchen lambat tapi cashier yang kena. Yang aku ni kena lah maniskan muka semanis madu woih. Fekk (sopan sikit) gila kalau jadi macam nih. Dapat customer yang macam cb, gentle rasa macam nak baling burger. urghhh! Tapi apa, customer is always right. So, just be profesional even hati panas sangat dah.




Kerja yang ke-2 dekat syarikat key-in data. Yang nih punya lah semangat pergi interview tapi bila dah kerja tahan 2minggu jeh. Aku tak tau lah, memang lah kerja duduk sepanjang masa key-in number cek sampai mata macam dah hampir juling. urghh! bila takde kerja kena rehat sampai 2-3jam. what is that? bosan, jadi angkat kaki blahhh. Dah laa staff sombong macam hape jeh, persekitaran macam dalam kilang menaip. Bukan lah nak dalam pasar tapi masalah nya memang bosan titik




Kerja yang ke-3 dekat Parkson. Aku masuk brand Ecco iaitu brand dari Denmark. Tak familiar sebab baru 2tahun dekat Malaysia tanah tumpahnya darahku ini. Yang ni aku kerja 7bulan dah. Kerja ni best, aku jaga kasut jeh pon. Ada stok, susun jelah, lekat sticker atau price tag, susun kasut lepas customer dah touch n go, tukar display shoes every month, serve customer. Itu sahaja. Senang kan :)




Start kerja ni aku dah tak malu and tak humble dah. Perasaan tu semua dah hilang. Aku lagi rela layan orang ramai walaupun berbeza perangai dari buat kerja satu tempat hadap computer satu hari. Aku cepat sakit mata jadi memang tak sesuai sangat lah. hihi. First time aku jaga kasut brand nih, aku cuak sangat -.- dah lah dekat dengan pintu keluar masuk orang ramai. Kalau kena curi naya jeh aku kena membayar nyeh. Satu kasut aku mampu bayar sewa rumah dah, andaian jelah kan benda duduk dengan family. Tak termasuk beg nya lagi, triple nine bhai. Dah boleh licin gaji aku kalau hilang beg tuh. phewww..




Pengalaman MANIS aku selama kerja brand nih :


- Ass. Supervisor aku baik orang nya. Dia paling sporting, paling rajin mengemas. eh memang tersangat rajin okay :)


- Exect yang jaga outlet aku nie pon baik, rajin membelanja. hehe. Sampai pergi fashion show pon ajak aku. hewhew. Merayap memang my main fav lah kan ;p Dan dia banyak ajar aku pasal kerja.


- Aku serve sorang customer berbangsa india. Pangkat nenek lah. Aku rasa paling banyak sabar lah masa serve dia. Sebab utama, dia keluar shopping sorang and dia banyak tanya pendapat aku mana satu ok mana satu lawa. Lama weh aku serve dia, almost 1hour and half. Tapi paling buat kesabaran aku di tahap yang tinggi, dia tak cerewet langsung cuma dia banyak bersembang. Bila dah settle bayar, dia pegang tangan aku dan cakap 'terima kasih sebab bagi good service. Next time jumpa lagi (sambil tersenyum)' Bukan senang nak layan orang sampai puas hati. Bila orang tak kenal ucap terima kasih dekat aku, sampai bila bila aku takan lupa. Itu sebenar nya yang buat aku puas dan tahan lama kerja nih :))




- Sekali lagi aku serve sorang customer bangsa cina. Pangkat atuk pulak. benda brand aku jaga nih memang sesuai untuk orang yang nak kasut yang selesa, banyak masalah kaki. that's why lah ramai yang pangkat macam tuh. hehehe. Customer nih memang peramah sesangat. Siap tanya aku stay mana, pasal pelajaran aku, berapa lama kerja tempat nih. Memang senang sangat nak ngam. Tapi sayang, kaki dia kecik ah takde size, kalau tak dah bukak bil dah. arghh! haha. Yang best nya, even dia tak dapat beli kasut dengan aku. Dia selalu datang tempat aku kerja nih. Dari jauh lagi dia dah lambai tangan and say hye dekat aku. Paling best siap berjabat tangan haa. Datang jeh mesti dia akan tanya aku sihat atau tak. Senyum dia tak payah cakap lah lebar mana. haha. Dah sembang sembang, dia mintak diri and akan cakap 'see you next time' :)




Nampak kan, sejauh mana kita layan orang dengan ikhlas. Mesti dibalas baik punya. Kadang kadang aku tak percaya ada jugak orang yang peramah sampai macam tu sekali. Realiti nya, memang ada lah amaleena. Aku suka kerja macam nih. Idk why tapi cara kerja macam nih yang aku minat. Tujuan aku cerita pasal kerja aku pon sebab aku dah last bulan november nih. Aku nak continue study dekat poli dah. K bunyi macam sedih, agak ahh T_T aku harap suatu hari nanti aku still dapat kerja dalam bidang macam nih jugak. Serve orang sampai tiada penghujung nya. Sekiann..



No comments:

Post a Comment