Saturday 19 November 2011

Pengalaman..

Nampak sangat dah yang aku macam malas gila nak update blog ini. Tak, bukan malas tapi letih. Serious, busy tak habes dan tanak kalah dengan orang yang berpangkat besar. Nampak kan cara nak cepat kaya tuh, HAHA.




Hari ini aku nak bercerita pasal kerja aku selama ini. Okay pejam celik pejam celik aku dah kerja 10bulan dah pon. Lama lah bagi aku yang baru lepas spm ini untuk tempoh bekerja. Kenapa aku kerja dalam tempoh yang lama?  Nanti nak keluar jeh dengan kawan kawan mesti nak guna duit kan? takde mau nya keluar tanpa makan, minum, movie kalau boleh sampai nak dua kali tengok, dessert untuk kudap kudap. Itu tak termasuk lagi kalau nak beli benda lain ---> Nak beli flat shoes bermacam corak tapi sayang sekali selalu beli plain jeh, beli shawl berbagai warna dan macam macam lagi lah.  Aku perempuan, nafsu berjela k nak beli macam macam. Kalau perempuan cakap tak suka shopping, dah boleh 'BOO' ramai ramai. JADI, CARA PALING MENYENANGKAN HATI AKU ADALAH BEKERJA $_$





Mula mula nak kerja, serious aku ada perasaan yang malu sangat. Aku rasa rendah diri gila nak hadap manusia dekat muka bumi ni. Bukan malu apa, malu kalau terserempak dengan budak sekolah dan takut diorang mengata macam macam 'eh, itu senior kita dulu kan?' 'itu amalina 5Cerdas tu kan?' 'itu amalina kawan si polan si spolan tue ehh? Betapa sakai nya aku masa dahulu kala -.-' Aku aim nak kerja farmasi kot weh before habis spm lagi. haha. awal kan plan, well. hidup kena ada planning. hikhik. Aku nak kerja farmasi sebab aku kempunan nak jadi doktor konon nak bagi arahan, ubat ini dimakan 2biji 2kali sehari ye. Itu pon kalau dapat bahagian orang pakai baju putih boleh duduk tuh, dengan takde kelulusan dalam bab ubat ubat tiba tiba nak position tu memang paling tak lah kan. Berangannn..




Perasaan malu memang tebal sangat dah tau tapi mama dengan babah lah yang biasa membimbing untuk aku maju ke hadapan. Macam biasa, mereka jeh yang mampu naik kan semangat aku. First kerja, aku kerja dekat restoran fast food iaitu A&W. Korang tau tak, kerja kedai makan paling aku benci paling aku benci. Aku memang dah aim kot nak kerja farmasi macam mana boleh dapat situ. Tue lah orang tua kan ada cakap, hidup ni jangan membenci sangat, tengok kan dah mendapat. Penat memang penat, mana ada kerja yang tak penat kan. Tapi apa yang aku suka, masa kerja situ tempat dia strategik gila kot. Dekat jeh weh dengan rumah aku, aku jalan pon tak sampai setengah jam. haha. Itu yang penting, lagi satu tak payah tambang bagai, cuma kaki jeh kena cukup servis sebab hari hari nak berjalan. Dari situ aku mula dapat pengalaman bekerja sebab itu kali pertama aku kerja. Masa sekolah nak buat part time pon mama tak bagi. risau kata nya. K.




Kerja A&W selama 2bulan 2minggu macam tu lah. Selama tempoh masa tuh aku rasa memang fun habes doh. hahaha. Tak tau nak explain macam mana. Kawan ramai satu hal, layan customer macam macam kerenah lagi, dengan kerja potong ayam, tomato, timun, masak fries, buat burger. Ewahhh, nampak kan yang memang boleh buat kerja dapur. haha. Tapi first time nak potong slice ayam jadi lagi nipis, luka jugak lah jari aku. haha. Tapi ok lah pengalaman. Kalau tak aku takan tau macam mana orang kerja dekat kedai makan.




Pengalaman MANIS aku selama dekat A&W:

- Aku dapat sorang kawan lelaki, okay dia memang baik, memang masuk lah dengan perangai aku, bila takde dia aku sunyi okay sebab dah benda rapat, dengan orang lain susah laa nak cakap. Takde dia aku rasa macam takde semangat nak kerja. HAHAHAHAHA.


- Jadi cashier. Pegang duit woih $_$ haha. Shot duit ada lah tapi tak lah sampai beratus, lebih rm20 pon tak pernah. Paling kecut bila nak closing uolls sebab benda kite orang last kira duit. Kalau shot mula lah adegan muka kesian mintak bayar esok. Manager satu kepala, apa saja boleh haaa. hehehe.


- Jaga drive-thru. Weh sumpah best gilaaaaaaaa jaga situ. My fav :) Tapi sayang, position aku selalu cashier utama. Mungkin suara bergemalai nan indah itu yang kena campak jadi cashier utama. Kang kalau jaga drive-thru tertidur pulak customer mendengar nya. haha.



- Kerja bahagian dapur. Perempuan tak expert okay kerja bhg. dapur berbanding lelaki. serious! diorang pantas kott. kita bersopan santun nak siapkan burger, diorang dah siap 2,3,4 okay. perempuan kan, ayu lebih biasalah. Dapur kan bahang, so allergy lah panas panas. Padahal nanti ke dapur jugak. Tapi aku tetap kena jadi cashier depan. So boringgg -.-



- Masa break jeh haaa mula lah ramai ramai penuhkan meja makan sama sama :) aku takan lupaa. percayalah..


Pengalaman pahit aku ialah bila customer dah mula maki-maki. Weh, benda kitchen lambat tapi cashier yang kena. Yang aku ni kena lah maniskan muka semanis madu woih. Fekk (sopan sikit) gila kalau jadi macam nih. Dapat customer yang macam cb, gentle rasa macam nak baling burger. urghhh! Tapi apa, customer is always right. So, just be profesional even hati panas sangat dah.




Kerja yang ke-2 dekat syarikat key-in data. Yang nih punya lah semangat pergi interview tapi bila dah kerja tahan 2minggu jeh. Aku tak tau lah, memang lah kerja duduk sepanjang masa key-in number cek sampai mata macam dah hampir juling. urghh! bila takde kerja kena rehat sampai 2-3jam. what is that? bosan, jadi angkat kaki blahhh. Dah laa staff sombong macam hape jeh, persekitaran macam dalam kilang menaip. Bukan lah nak dalam pasar tapi masalah nya memang bosan titik




Kerja yang ke-3 dekat Parkson. Aku masuk brand Ecco iaitu brand dari Denmark. Tak familiar sebab baru 2tahun dekat Malaysia tanah tumpahnya darahku ini. Yang ni aku kerja 7bulan dah. Kerja ni best, aku jaga kasut jeh pon. Ada stok, susun jelah, lekat sticker atau price tag, susun kasut lepas customer dah touch n go, tukar display shoes every month, serve customer. Itu sahaja. Senang kan :)




Start kerja ni aku dah tak malu and tak humble dah. Perasaan tu semua dah hilang. Aku lagi rela layan orang ramai walaupun berbeza perangai dari buat kerja satu tempat hadap computer satu hari. Aku cepat sakit mata jadi memang tak sesuai sangat lah. hihi. First time aku jaga kasut brand nih, aku cuak sangat -.- dah lah dekat dengan pintu keluar masuk orang ramai. Kalau kena curi naya jeh aku kena membayar nyeh. Satu kasut aku mampu bayar sewa rumah dah, andaian jelah kan benda duduk dengan family. Tak termasuk beg nya lagi, triple nine bhai. Dah boleh licin gaji aku kalau hilang beg tuh. phewww..




Pengalaman MANIS aku selama kerja brand nih :


- Ass. Supervisor aku baik orang nya. Dia paling sporting, paling rajin mengemas. eh memang tersangat rajin okay :)


- Exect yang jaga outlet aku nie pon baik, rajin membelanja. hehe. Sampai pergi fashion show pon ajak aku. hewhew. Merayap memang my main fav lah kan ;p Dan dia banyak ajar aku pasal kerja.


- Aku serve sorang customer berbangsa india. Pangkat nenek lah. Aku rasa paling banyak sabar lah masa serve dia. Sebab utama, dia keluar shopping sorang and dia banyak tanya pendapat aku mana satu ok mana satu lawa. Lama weh aku serve dia, almost 1hour and half. Tapi paling buat kesabaran aku di tahap yang tinggi, dia tak cerewet langsung cuma dia banyak bersembang. Bila dah settle bayar, dia pegang tangan aku dan cakap 'terima kasih sebab bagi good service. Next time jumpa lagi (sambil tersenyum)' Bukan senang nak layan orang sampai puas hati. Bila orang tak kenal ucap terima kasih dekat aku, sampai bila bila aku takan lupa. Itu sebenar nya yang buat aku puas dan tahan lama kerja nih :))




- Sekali lagi aku serve sorang customer bangsa cina. Pangkat atuk pulak. benda brand aku jaga nih memang sesuai untuk orang yang nak kasut yang selesa, banyak masalah kaki. that's why lah ramai yang pangkat macam tuh. hehehe. Customer nih memang peramah sesangat. Siap tanya aku stay mana, pasal pelajaran aku, berapa lama kerja tempat nih. Memang senang sangat nak ngam. Tapi sayang, kaki dia kecik ah takde size, kalau tak dah bukak bil dah. arghh! haha. Yang best nya, even dia tak dapat beli kasut dengan aku. Dia selalu datang tempat aku kerja nih. Dari jauh lagi dia dah lambai tangan and say hye dekat aku. Paling best siap berjabat tangan haa. Datang jeh mesti dia akan tanya aku sihat atau tak. Senyum dia tak payah cakap lah lebar mana. haha. Dah sembang sembang, dia mintak diri and akan cakap 'see you next time' :)




Nampak kan, sejauh mana kita layan orang dengan ikhlas. Mesti dibalas baik punya. Kadang kadang aku tak percaya ada jugak orang yang peramah sampai macam tu sekali. Realiti nya, memang ada lah amaleena. Aku suka kerja macam nih. Idk why tapi cara kerja macam nih yang aku minat. Tujuan aku cerita pasal kerja aku pon sebab aku dah last bulan november nih. Aku nak continue study dekat poli dah. K bunyi macam sedih, agak ahh T_T aku harap suatu hari nanti aku still dapat kerja dalam bidang macam nih jugak. Serve orang sampai tiada penghujung nya. Sekiann..



Friday 11 November 2011

Kehilangannnn :'(

Hari ini memang sedih, pilu, syahdu. tolong lah memang aku terasa sangat hari ini. KENAPA? kura-kura yang aku bagi dekat namin masa birthday dia dah mati. sekor jeh, yang betina dah pergi meninggalkan yang jantan keseorangan bermula pada hari ini. sumpah aku sedih yang teramat sangat. aku bukan setakat bagi hadiah dekat adik aku tapi aku jugak turut sama bela kura-kura tuh. bersihkan bekas dia, bagi makan setiap pagi before aku pergi kerja. balik kerja aku akan tengok diorang dulu and cakap 'hye, lama tak jumpa' *padahal baru jeh pagi tadi jumpa*




Masa mula mula aku beli, karakter yang jantan lebih menyerlah. yang betina hanya reti duduk diam sahaja. aku pon macam pelik jugak tapi aku buat tak tahu dan aku anggap dia baik baik sahaja. aku cuma anggap yang betina tak hyper. yang jantan tuh tak tahu nak cakap macam mana. hyper gilaaaaaaaa! mereka baby lagi and serious comel. wanna know something? bila namin bersihkan diorang, yang jantan mesti nak gigit tangan dia. nampak sangat kura-kura tuh tak suka dia. kayh, namin macam bengang bila cerita dekat aku. aku tengok sendiri jari namin terkopek kena gigit. maybe namin kuat memekak, setiap kali nak basuh bekas jeh namin merungut banyak banyak kali kenapa air busuk, kuat makan and pape jelaaa. memang kura-kura tuh sakit telinga lah dengar. nasib kau lah naminn..




Bila aku atau izzul atau angah yang basuhkan diorang, sikit pon tak kena gigit. namin jeh yang kena. haha! even izzul jeh adik lelaki aku sorang tapi boleh nampak yang dia tak ganas macam namin, adik bongsu aku. dia bersihkan dengan careful dan nampak yang dia caring. aku lega dan aku lebih percayakan dia berbanding namin. urghh! angah dah sah sah lah aku percaya jugak untuk melakukan tugas tuh. comel gila weh, bila time nak bersihkan diorang yang jantan paling tak reti duduk diam. dah lah kuku kaki tangan dia kena dekat jari jari aku. geli weh, aku boleh tergelak bersihkan dia. hahaha. yang betina diam jeh , tak banyak kerenah langsung. sampai aku sendiri cakap dekat jantan, 'diam kejap eh, nak cuci badan awak' tak lama lepas tuh, dia akan diam. macam redha jeh bila aku letak sikit sikit air dekat badan and muka dia. haha. weh comel dohh. gewamm much! haha. jangan terkejut lah kalau aku cakap, aku siap cium lagi kura-kura tu :)




I think since last 4days kot, namin yang bersihkan. lepas dia bersihkan. si betina tuh bibir berdarah dan macam sompek jeh aku tengok. masa tu hanya allah saja yang tahu macam mana aku rasa. aku nangis T_T. aku bengang dengan namin sampai tak terkata. aku tak marah dia, tak tengking dia, tak pukul dia. itu semua aku tak buat. aku hanya dengar jeh dia cerita sampai aku rasa mulut aku dah tak mampu nak cakap apa-apa. dia marah aku sebab tak bagi respon bila dia cerita. tapi dia tak tahu betapa bengang nya aku bila tengok keadaan kura-kura tu. tapi dua dua aku sayang, aku cuma tanya apa dia buat sampai jadi macam tu. and lastly, dia jawab..




Namin tak sengaja jatuhkan kura-kura betina tu. aku rasa dia nak cuci cengkerang sambil pegang and then gedebuk jatuh. okay, aku dapat bayangkan dan aku bertambah diam diam dan diam. 2hari betina tu tak bergerak. aku separated kan tempat dia dengan jantan tu. aku jaga dia sepenuh masa. aku tak bagi sapa sapa sentuh. NO WAY! memang aku akan marah sapa sapa sentuh terutama namin. aku memang jaga dia selama dua hari dia sakit. dan aku tanya suraya aku kena buat apa. sebab semalam aku tengok kura-kura tu lemah. dan aku pon macam follow sama lemah tengok dia macam tuh. aku dah perasan muka dia bengkak sebelah kanan. aku dah decided nak bawak pergi pets centre harinie, suraya yang suruh sebab dia pernah kerja pets centre before dia continue study. so, dia tau lah sikit skit pasal benda macam tuh. even kura-kura tu kecik je dan aku macam pelik ada keh ubat untuk dia. its okay lah, mana tau ada. tak cuba tak tahu :)




Tanggal 11.11.11 hari jumaat atau lebih tepat lagi pukul10 pagi dia pergi tinggalkan kitorang buat selama-lama nya. korang tahu apa aku buat nak pastikan dia betol betol dah mati? aku letak dia atas tapak tangan aku, kaki tangan dia terkeluar sikit. selalu aku sentuh dia mesti masukkan kaki tangan dia ke dalam even dia tengah tidur. dan dia akan buka mata sikit untuk tengok manusia mana yang datang mengacau. tapi tadi tak :'( aku dah tergerak hati yang dia dah takde tapi aku tak puas hati. aku kalau boleh nak jugak dia hidup lama. aku tatap dia almost 30minit lama nya. bila aku sentuh, dia tak bagi apa apa feedback balik :'( aku dah mula faham..




Aku cakap dengan mama, dia dah mati. mama terkejut teros pergi tengok. angah pon buat benda yang sama. yang lain sekolah tak tahu lagi masa tu. aku masuk bilik terus call zin cakap tak payah pergi pets centre *dah mula sebak* zin tanya kenapa, dan aku cerita sambil menangis :'( macam sweet jeh zin pujuk aku dah laa dah laa banyak kali. dia cakap adik aku tak sengaja. fine, aku memang kuat sentap pasal benda yang hidup ni. baru kura-kura mati aku dah menangis beria-ia, kalau orang yang pergi. stop it, tanak bayangkan. enough laa setakat ini. orang nak sangat melakar sejarah bagai kan time double eleven double eleven double eleven nie kan. aku tak pernah heran tapi cukuplah aku cakap, harinie bermula dengan kesedihan. it's okay, allah lagi sayangkan dia :) and i love you too :) moga aman disana..

Wednesday 9 November 2011

TUMBLR-ING.

Let's talk about tumblr today. aku tak tau macam mana aku boleh terlibat dengan tumblr. mula mula aku saja jeh create tumblr account. kalau boleh semua account aku nak create. selagi mampu menatap screen comp tengah sehat nie haa. karang kalau dah tak sihat apa pon tak boleh. bukan setakat tak boleh create, nak pegang mouse pon gegel. habis tue memang tak ber-create create laa. padahal tak reti guna pon. ini sedih! and aku selalu bising bising orang main tumblr macam bodoh takde kerja. stok update gambar jeh. paling cool pon bila ada gambar bergerak. boleh laaaa




Tapi aku tak menafikan lah yang gambar dekat tumblr memang lawa lawa. bagi aku yang sama sekali tak kreatif dan tak pernah faham dan tak pernah ambil tau pasal apa itu seni, memang terpegun okay. macam batak pon ada. pity for you amaleena. mana nak kreatif. bila seni masa menengah rendah jeh suruh kawan yang lukiskan. apa apa kawan. tah pape. aku hanya reti colour sahaja. kalau nak melukis paling hebat aku boleh buat lukis pemandangan tepi pantai ada bot yang senget sebelah (tak pandai bajet garisan) , pokok kelapa yang konon paling lawa bagi aku (pohon yang sangat huru hara) , ombak yang aku bayang kan membiru (bila lukis jadi tak sedap dipandang) dan paling terror, buat corak awan. ini memang expert, benda buat nota corak nie tak sudah memang terror lah. HAHA!




Aku faham tumblr pon sebab ada kawan aku terangkan yang tumblr tuh reblog blog orang lain. mula mula aku dengar aku rasa macam apahal doe nak reblog blog orang? kau takde kerja keh? aku dah ah tak suka kalau ada orang copy copy hasil aku. tapi sekarang aku dah faham benda tuh memang macam tuh cara menggunakannya. bagi yang ego jugak, tanak digelar takde kerja meng-reblog blog orang lain, you may leave kayh :) aku punya semangat kutuk kutuk, sekarang aku yang tersangkut. serious, best..




aku saja tengok tutorial main tumblr dekat google. and then bila dah start faham, apa lagi. ringan kan tangan lah meng-reblog bagai. haha. kawan aku tanya, apa best nya main benda alah tuh? aku tak faham langsung. katanya lah. aku pon susah nak terangkan apa yang best but i do in love with the picture and tumblr quotes. aku selalu pikir macam mana gambar lawa lawa nie terhasil. fyi, bila aku tengok sebuah gambar atau lukisan. yang aku nampak hanya lah lawa :) aku tak faham apa yang tersirat dalam gambar tuh. aku hanya nampak apa yang tersurat. aku tak pernah hayati apa maksud gambar. sama sekali tidak pernah! that's why aku gelar diri aku buta seni bahagian lukisan -.-'





Moh laa jenguk ke blog kedua aku okay. tak perlu baca apa apa, cuma scroll and tengok jeh gambar sampai boring. tehehe. aku baru kot join jangan tanya kenapa lah sikit jeh gambar aku. bia bia. tapi aku punya tumblr banyak gambar kasut laa. benda aku memang gila kasut teramat sangat. so, aku reblog apa aku suka lah. takan nak reblog gambar lipas banyak banyak. geli laaaaaaaaaaaaaaaaa T_T

Saturday 5 November 2011

JANGAN BUAT LAGI.

PERANGAI.PERANGAI.PERANGAI


- HIPOKRIT-

Korang mesti faham kan macam mana? dan mungkin pernah lalui nya sekali. okay, hipokrit pada tanggapan aku orang yang suka berpura-pura tahap yang orang lain takan kenal siapa diri dia sebenar nya. macam nie 'bila jumpe senyum tanya khabar apa semua, bila dah jauh sikit jarak, weh dia tu kan nak tau takk...... mcm nie mcm nie. haaa' 'bila bersembang, kau baik lah, aku suka kawan macam kau, selalu belanja. bila tak belanja mulalah bercerita dia kedekut lah bhaii. duit bukan bawak masuk kubur pon' kalau hipokrit mesti akan ada mengutuk. seolah-olah dia paling baik. semua dia nak hide weh dari kita yang pasal jahat jahat. aku pon tak faham kenapa. tapi inilah realiti nya. for what nak hide bagai bagai. setiap orang ada baik ada jahat nya. just be yourself laa biebie!



- TIKAM BELAKANG-

Ini paling sakit hati. ya allah, sakit yang menusuk sampai ke ulu hati. nah kauu! korang bayangkan, selama nie baik gileh dengan korang tetiba dengar cerita buruk pasal korang. selalu nya kita tunding jari dekat sapa? mesti lah dekat kawan baik sendiri kan. tapi tak semua kawan baik jahat. ada jugak yang baik. kenapa kawan baik yang dituduh dan kena tuduh? KERANA, kawan baik insan paling rapat dengan kita. teman yang sentiasa dengar cerita kita. tak mustahil bila tersalah pilih kawan, hah terjadi lah tikam belakang. TAPI orang yang tak rapat sangat pon ada dalam senarai top ten okay. yang nie memang kena hati hati. benda baru kenal kau dah start cerita macam macam. sapa yang silap kalau jadi isu nanti. kau lah salah. takde sapa yang boleh kau salah kan melainkan diri sendiri. tambah tambah pasal maruah diri. kalau boleh simpan lah dalam dalam. mulut orang tak selama nya akan tutup, andai bergaduh satu hari nanti pasti terbongkar. dan yang dah sedia memekak memang tak boleh buat apa lah kan. so pls lah, elakkan jadi mangsa ditikam belakang. dan tolong lah jangan jadi si penikam penikam nih. untung kewww? pikir sendiri.



p/s: kawan yang digelar sahabat tidak akan sesekali bongkarkan ape yang dikongsi bersama. memang patut pon memilih kawan. sebab perangai bagai bagai. and one more thing, kalau kita ikhlas berkawan. insyaallah hidup kita tenang. setakat salah faham adat lah berkawan. pls be nice to others k :)


                     

Thursday 3 November 2011

I want a nice emotion not a bad feeling, pls lahhhhhhhh

    MENGHITUNG HARI T_T

1BULAN 16HARI LAGI..

Apa akan jadi?


Aku akan jejak kan kaki. yelah, dekat mana? dekat situ --> POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SABAK BERNAM. Boleh bayangkan tak apa perasaan aku saat ini? waktu ini? sebenar nya aku nervous. tah pape tah. nak pergi study pon nak nervous. ish! eh tapi seriously aku macam berdebar jeh. hari hari macam tuh, bila tetiba teringat politeknik. amagadd. dada terus berombak, nak nangis. aku tak tau lah kenapa aku macam sentap sangat padahal nak belajar bukan berperang. ini yang aku tak faham betol nih. sampai barang barang nak bawak pergi sana pon aku tak prepare lagi. aku boleh keluar pergi tengok movie, aku boleh keluar pergi melepak lelame, aku boleh keluar pergi shopping complex semata mata boring nak jalan jalan TAPI bila nak beli barang untuk study jeh seriously mood aku hilang. apahal kau nie amaleena? ==' takde mood nak study keh? tak lah, aku memang nak study pon tapi arghhh aku tak tau lah kenapa aku macam berat hati nak pergi.


SEBAB BERAT HATI:


- MAMA!!!!!!!! T_T mama adalah best friend forever aku dari dalam perot lagi. guys, i need her everyday in my life. bangun pagi nampak muka mama sebab mama yang kejutkan aku. keluar toilet lepas mandi nampak muka mama sebab mama sibuk dengan mesin basuh. nak keluar rumah salam mama, cium pipi mama (tk pernah keluar rumah tanpa salam, rasa serba salah lagi pun dah biasa) nak duit jeh mama mesti jadi orang pertama yang aku mintak (takut lah mintak dekat babah. haha) kalau bergaduh dengan adik beradik atau kawan kawan, aku memang akan bercerita dekat mama. bila aku stress, mama yang tenangkan aku. kalau lapar sangat, mama yang masakkan untuk aku (memang hari hari. haha) kalau nak mintak pendapat, iye mama memang akan jadi orang penting yang bagi pendapat dulu. kalau nak beli barang memang selalu terjadi macam tuh ok. masa sakit, mama lah yang tolong ambil kan air makanan ape semua. alasan tak larat kan. hehe. masa sekolah bila aku keluar, adik semua keluar, mama call aku suruh balik sebab dia sorang dekat rumah. see, aku jugak yang akan jadi peneman mama. paling best bila mama tak pernah lupa aku, walaupun aku balek kerja lambat. dia tetap tinggalkan makanan untuk aku. (semua mak buat benda sama ok) rutin harian aku tak lain tak bukan bersembang dengan mama, kadang kadang sampai dia dah tak larat bukak mata pon aku gagah lagi bercerita dan mama pon gagah bukak mata nak dengar lagi. haha. aku tau aku tak pernah berjauhan dari family. tapi aku kena belajar berdikari k. aku tau aku rapat dengan mama babah tapi sampai bila nak berkepit. aku tau tanpa mama aku sunyi bhai sebab takde teman yang sudi teramat sangat nak dengar apa aku nak cerita. aku tau aku mesti rindu paling hebat lah dalam sejarah hidup aku. aku tau aku mungkin nangis, bukan mungkin tapi iya sudah pasti kot (malas mengaku tapi macam hampir kan) hehe. yang penting aku tau apa perasaan aku.



BAYANGKAN YANG INDAH INDAH DEKAT SANA OKAY.
*sedapkan hati, tenangkan hati*