Wednesday 9 November 2011

TUMBLR-ING.

Let's talk about tumblr today. aku tak tau macam mana aku boleh terlibat dengan tumblr. mula mula aku saja jeh create tumblr account. kalau boleh semua account aku nak create. selagi mampu menatap screen comp tengah sehat nie haa. karang kalau dah tak sihat apa pon tak boleh. bukan setakat tak boleh create, nak pegang mouse pon gegel. habis tue memang tak ber-create create laa. padahal tak reti guna pon. ini sedih! and aku selalu bising bising orang main tumblr macam bodoh takde kerja. stok update gambar jeh. paling cool pon bila ada gambar bergerak. boleh laaaa




Tapi aku tak menafikan lah yang gambar dekat tumblr memang lawa lawa. bagi aku yang sama sekali tak kreatif dan tak pernah faham dan tak pernah ambil tau pasal apa itu seni, memang terpegun okay. macam batak pon ada. pity for you amaleena. mana nak kreatif. bila seni masa menengah rendah jeh suruh kawan yang lukiskan. apa apa kawan. tah pape. aku hanya reti colour sahaja. kalau nak melukis paling hebat aku boleh buat lukis pemandangan tepi pantai ada bot yang senget sebelah (tak pandai bajet garisan) , pokok kelapa yang konon paling lawa bagi aku (pohon yang sangat huru hara) , ombak yang aku bayang kan membiru (bila lukis jadi tak sedap dipandang) dan paling terror, buat corak awan. ini memang expert, benda buat nota corak nie tak sudah memang terror lah. HAHA!




Aku faham tumblr pon sebab ada kawan aku terangkan yang tumblr tuh reblog blog orang lain. mula mula aku dengar aku rasa macam apahal doe nak reblog blog orang? kau takde kerja keh? aku dah ah tak suka kalau ada orang copy copy hasil aku. tapi sekarang aku dah faham benda tuh memang macam tuh cara menggunakannya. bagi yang ego jugak, tanak digelar takde kerja meng-reblog blog orang lain, you may leave kayh :) aku punya semangat kutuk kutuk, sekarang aku yang tersangkut. serious, best..




aku saja tengok tutorial main tumblr dekat google. and then bila dah start faham, apa lagi. ringan kan tangan lah meng-reblog bagai. haha. kawan aku tanya, apa best nya main benda alah tuh? aku tak faham langsung. katanya lah. aku pon susah nak terangkan apa yang best but i do in love with the picture and tumblr quotes. aku selalu pikir macam mana gambar lawa lawa nie terhasil. fyi, bila aku tengok sebuah gambar atau lukisan. yang aku nampak hanya lah lawa :) aku tak faham apa yang tersirat dalam gambar tuh. aku hanya nampak apa yang tersurat. aku tak pernah hayati apa maksud gambar. sama sekali tidak pernah! that's why aku gelar diri aku buta seni bahagian lukisan -.-'





Moh laa jenguk ke blog kedua aku okay. tak perlu baca apa apa, cuma scroll and tengok jeh gambar sampai boring. tehehe. aku baru kot join jangan tanya kenapa lah sikit jeh gambar aku. bia bia. tapi aku punya tumblr banyak gambar kasut laa. benda aku memang gila kasut teramat sangat. so, aku reblog apa aku suka lah. takan nak reblog gambar lipas banyak banyak. geli laaaaaaaaaaaaaaaaa T_T

2 comments: