Friday 11 November 2011

Kehilangannnn :'(

Hari ini memang sedih, pilu, syahdu. tolong lah memang aku terasa sangat hari ini. KENAPA? kura-kura yang aku bagi dekat namin masa birthday dia dah mati. sekor jeh, yang betina dah pergi meninggalkan yang jantan keseorangan bermula pada hari ini. sumpah aku sedih yang teramat sangat. aku bukan setakat bagi hadiah dekat adik aku tapi aku jugak turut sama bela kura-kura tuh. bersihkan bekas dia, bagi makan setiap pagi before aku pergi kerja. balik kerja aku akan tengok diorang dulu and cakap 'hye, lama tak jumpa' *padahal baru jeh pagi tadi jumpa*




Masa mula mula aku beli, karakter yang jantan lebih menyerlah. yang betina hanya reti duduk diam sahaja. aku pon macam pelik jugak tapi aku buat tak tahu dan aku anggap dia baik baik sahaja. aku cuma anggap yang betina tak hyper. yang jantan tuh tak tahu nak cakap macam mana. hyper gilaaaaaaaa! mereka baby lagi and serious comel. wanna know something? bila namin bersihkan diorang, yang jantan mesti nak gigit tangan dia. nampak sangat kura-kura tuh tak suka dia. kayh, namin macam bengang bila cerita dekat aku. aku tengok sendiri jari namin terkopek kena gigit. maybe namin kuat memekak, setiap kali nak basuh bekas jeh namin merungut banyak banyak kali kenapa air busuk, kuat makan and pape jelaaa. memang kura-kura tuh sakit telinga lah dengar. nasib kau lah naminn..




Bila aku atau izzul atau angah yang basuhkan diorang, sikit pon tak kena gigit. namin jeh yang kena. haha! even izzul jeh adik lelaki aku sorang tapi boleh nampak yang dia tak ganas macam namin, adik bongsu aku. dia bersihkan dengan careful dan nampak yang dia caring. aku lega dan aku lebih percayakan dia berbanding namin. urghh! angah dah sah sah lah aku percaya jugak untuk melakukan tugas tuh. comel gila weh, bila time nak bersihkan diorang yang jantan paling tak reti duduk diam. dah lah kuku kaki tangan dia kena dekat jari jari aku. geli weh, aku boleh tergelak bersihkan dia. hahaha. yang betina diam jeh , tak banyak kerenah langsung. sampai aku sendiri cakap dekat jantan, 'diam kejap eh, nak cuci badan awak' tak lama lepas tuh, dia akan diam. macam redha jeh bila aku letak sikit sikit air dekat badan and muka dia. haha. weh comel dohh. gewamm much! haha. jangan terkejut lah kalau aku cakap, aku siap cium lagi kura-kura tu :)




I think since last 4days kot, namin yang bersihkan. lepas dia bersihkan. si betina tuh bibir berdarah dan macam sompek jeh aku tengok. masa tu hanya allah saja yang tahu macam mana aku rasa. aku nangis T_T. aku bengang dengan namin sampai tak terkata. aku tak marah dia, tak tengking dia, tak pukul dia. itu semua aku tak buat. aku hanya dengar jeh dia cerita sampai aku rasa mulut aku dah tak mampu nak cakap apa-apa. dia marah aku sebab tak bagi respon bila dia cerita. tapi dia tak tahu betapa bengang nya aku bila tengok keadaan kura-kura tu. tapi dua dua aku sayang, aku cuma tanya apa dia buat sampai jadi macam tu. and lastly, dia jawab..




Namin tak sengaja jatuhkan kura-kura betina tu. aku rasa dia nak cuci cengkerang sambil pegang and then gedebuk jatuh. okay, aku dapat bayangkan dan aku bertambah diam diam dan diam. 2hari betina tu tak bergerak. aku separated kan tempat dia dengan jantan tu. aku jaga dia sepenuh masa. aku tak bagi sapa sapa sentuh. NO WAY! memang aku akan marah sapa sapa sentuh terutama namin. aku memang jaga dia selama dua hari dia sakit. dan aku tanya suraya aku kena buat apa. sebab semalam aku tengok kura-kura tu lemah. dan aku pon macam follow sama lemah tengok dia macam tuh. aku dah perasan muka dia bengkak sebelah kanan. aku dah decided nak bawak pergi pets centre harinie, suraya yang suruh sebab dia pernah kerja pets centre before dia continue study. so, dia tau lah sikit skit pasal benda macam tuh. even kura-kura tu kecik je dan aku macam pelik ada keh ubat untuk dia. its okay lah, mana tau ada. tak cuba tak tahu :)




Tanggal 11.11.11 hari jumaat atau lebih tepat lagi pukul10 pagi dia pergi tinggalkan kitorang buat selama-lama nya. korang tahu apa aku buat nak pastikan dia betol betol dah mati? aku letak dia atas tapak tangan aku, kaki tangan dia terkeluar sikit. selalu aku sentuh dia mesti masukkan kaki tangan dia ke dalam even dia tengah tidur. dan dia akan buka mata sikit untuk tengok manusia mana yang datang mengacau. tapi tadi tak :'( aku dah tergerak hati yang dia dah takde tapi aku tak puas hati. aku kalau boleh nak jugak dia hidup lama. aku tatap dia almost 30minit lama nya. bila aku sentuh, dia tak bagi apa apa feedback balik :'( aku dah mula faham..




Aku cakap dengan mama, dia dah mati. mama terkejut teros pergi tengok. angah pon buat benda yang sama. yang lain sekolah tak tahu lagi masa tu. aku masuk bilik terus call zin cakap tak payah pergi pets centre *dah mula sebak* zin tanya kenapa, dan aku cerita sambil menangis :'( macam sweet jeh zin pujuk aku dah laa dah laa banyak kali. dia cakap adik aku tak sengaja. fine, aku memang kuat sentap pasal benda yang hidup ni. baru kura-kura mati aku dah menangis beria-ia, kalau orang yang pergi. stop it, tanak bayangkan. enough laa setakat ini. orang nak sangat melakar sejarah bagai kan time double eleven double eleven double eleven nie kan. aku tak pernah heran tapi cukuplah aku cakap, harinie bermula dengan kesedihan. it's okay, allah lagi sayangkan dia :) and i love you too :) moga aman disana..

No comments:

Post a Comment